𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 01

10.2K 220 4
                                    

"I may be the person you like the most but you're the only person I like" - Flex Ace Ayrnight

✧✧✧

Jam menunjukkan pukul 7 malam. Elice terjaga dan mendapati dirinya berada di hospital. Perlahan dia membuka matanya dan melihat ke sebelah kiri. Lalu dia ternampak abangnya, iaitu Elero Adler.

"I told you guys to look at her properly and this is how you guys do your work?" kata Elero dingin kepada pengawal yang ditugaskan untuk menjaga Elice. Sungguh risau jika perkara bahaya menimpa Elice sewaktu traumanya muncul, iaitu pada waktu hujan.

"No more second chance in the future. Now leave," sambungnya lagi. Pengawal-pengawal itu kemudiannya membuka langkah untuk keluar.

"Elero...?"

"Oh maaf. I buat you terjaga?", ujar Elero lembut kepada Elice. Perhatiannya kini tertumpu sepenuhnya kepada Elice.

"Tak apa, Elero. Saya terbangun sendiri," balas Elice juga lembut.

"Elice, kenapa you tiba-tiba lari? Hujan-hujan macam ni pun you masih berani keluar? You dengar ke tak ni?" Elero berasa risau dengan tindakan melulu adiknya yang akan membahayakan dirinya.

"Saya dengarlah. Tapi saya tak boleh janji yang saya takkan keluar sendiri," kata Elice kepada abangnya. Baru sahaja Elero ingin membebel, Elice terus menyambung katanya.

"Mari balik rumah, okay? Saya tak suka tinggal lama-lama dekat hospital. Boleh?" pujuk Elice dengan senyuman lebarnya.

Elero cukup memahami adiknya. Dia tahu yang Elice cukup benci hospital. Katanya kadang dia rasa kurang selesa dengan suasana hospital.

"Baiklah, lepas ini saya bagi tahu doktor kamu nak balik. Sediakan diri kamu, kemas apa yang patut," kata Elero yang terpaksa mengalah.

"Terima kasih", Elice mengukir senyuman.

"Sementara tu, boleh saya pergi ke tandas sekejap?" sambungnya. Elero hanya mengangguk sebelum dia pergi berjumpa dengan doktor.

✧✧✧

Sedang Elice berjalan menuju ke tandas, tiba-tiba dia terlanggar seseorang tanpa sengaja. Elice terjatuh ke lantai dek kerana terlanggar 'seseorang' itu. Elice mengerutkan dahi. Siapa yang jalan tak tengok sekeliling ni hah? Fikirnya sendiri. 

"Are you okay, lady?" soal orang yang melanggar Elice dengan tenang.

Biar betul mamat ni weh? Boleh-boleh dia tanya aku okay ke tak? Kalau dia hulur tangan tak apa juga. Elice berkata sendiri.

"Shouldn't you apologise first, sir? You just bump into me," kata Elice sebelum dia pantas berdiri dan menoleh ke arah lelaki itu.

"What are you talking about? I don't think it's my fault," kata lelaki itu yang masih santai memandangnya.

"Bukan salah dialah sangat," Elice mengeluh.

"Fine, it's my fault. Excuse me then," malas hendak melayan karenah lelaki itu, Elice terus melangkah pergi.

"Wait," kata lelaki itu tiba-tiba.

"Huh what?" Elice menoleh ke arahnya.

"Wanna know, what's your name, lady?" soal lelaki itu.

Sekali lagi, berkerut kening Elice mendengarkan soalannya. Tidak sedikit pun rasa ingin memberitahu lelaki angkuh itu namanya. Lagipun buat apa dia nak ambil tahu kan?

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now