𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 19

1.7K 87 1
                                    

Selepas mengambil kain di poket seluar Fley, Vinter kemudiannya mengelap darah di wajah Fley.

"Asal kau tetibe caring ni, anjing? Aku cuma minta ambil bukan minta lap." kening Fley dikerutkan.

"Apa? Pelik ke kalau aku caring? Dah alang-alang aku pegang biarlah aku lap." balasnya.

"Tadi bukan main nak bunuh aku. Nafsu membunuh kau dah hilang ke apa?" kata Fley masih hairan.

"Aku masih nak bunuh kau. Jangan risau, nanti aku bunuh kau okay? Sabar sikit lagi ya?" tangannya masih sibuk mengelap darah yang hampir kering itu.

"Kepala hotak kau sabar." kata Fley mendatar. Ingat aku akan biarkan diri aku mati kat tangan kau?

"Aku tak tahu pula yang kau nak mati cepat. Kejap eh?" balas Vinter yang masih sibuk.

Fley hanya mendiamkan diri. Anjing ni memang nak lepak underground kut. Fley mengangkat kakinya sebelum dia terus menghayunkannya ke bahagian perut Vinter. Dan sekali lagi, Vinter terbaring di atas lantai.

Dengan pantas, Fley terus naik ke atas badan Vinter sebelum dia mengukir senyuman sinis. Wajah lelaki itu dipukulnya berkali-kali tanpa belas kasihan, seperti cara dia diperlakukan.

"Shit !" carut Vinter sepatah. Dia tidak dapat bangun kerana Fley sedang berada di atasnya.

Darah di bibir kembali mengalir. Fley tidak menunjukkan sebarang reaksi malah terus menghadiahkan penumbuknya tanpa henti. Baru kau tau sakit aku rasa tadi.

"How do you feel, huh dog? Cool?" kata Fley ramah selepas melihat darah mengalir dari kepala Vinter. Senyuman penuh makna diukir di wajah.

"Argh." Vinter mendengus.

"Aku akan jadi malaikat pencabut nyawa kau." kata Fley sebelum dia mengeluarkan sebilah pisau kecil dari poket seluarnya.

"Kenapa kau masih ada senjata?"

"Kau ingat aku bodoh? Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi macam ni." Fley berhenti seketika. 

"Atau mungkin kau memang dah ditakdirkan untuk mati kat tangan aku?" sambungnya sambil menghalakan pisau itu ke dada Vinter. Hanya beberapa centimeter sebelum pisau itu mengenai jantung lelaki itu. 

"Haha? Kau yakin?" ujar Vinter sambil tersenyum sinis.

Fley mengerutkan dahi. Apasal dia tiba-tiba senyum ni? Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi pemicu pistol ditarik. Bunyi itu betul-betul kedengaran di belakang Fley. Dia menoleh ke belakang sebelum sekali lagi, senyuman sinis terukir di wajahnya. 

"Vodka? Sorry, aku lupa kau pun ada." Fley berhenti seketika. "Watak sampingan tidak diperlukan." sambungnya. 

"Cakap tu lagi bila kau dah mati." balas Vodka.

"Kau takda otak eh? Orang dah mati mana boleh bercakap." kata Fley selamba. Tapi betul.

"Shut up. Or I'll--"

"I'll what? Kill me? Then faster !" Fley menatap wajah lelaki itu. "Aku pun memang dah malas nak hidup. Cepatlah bunuh aku kalau nak." balas Fley tetap tenang.

"Bullshit." Vodka mengerutkan dahi. Dia bersedia untuk menembak Fley.

BANG!

Satu das tembakan dilepaskan dan tembakan itu hampir mengenai kepala Vodka. Dengan pantas mereka semua menoleh ke arah si penembak.

"Ace??" kening Vodka dikerutkan.

"Wehh ! Abang aku hampir nak bunuh oranglah !" kata Fley pula teruja. Sempat lagi manusia yang seorang ni exited ah?

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now