𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 47

1.2K 73 2
                                    

Lelaki yang menaiki motor itu perlahan melangkah mendekati mereka. Dengan pantas, Flex terus memeluk isterinya erat. Pistol dihalakan ke arahnya? Dia langsung tidak peduli.

"Ace Ayrnight, let her go." kata lelaki itu sepatah. Kini jarak diantara mereka kurang daripada sepuluh meter.

"You think I'll do that? Nah, never. And why would I listen to you?" balas Flex sepatah. Tangannya masih elok memeluk tubuh gadis itu erat.

"I really hate to repeat my word. Aku cakap sekali lagi, cepat lepaskan Elice Adler." kata lelaki itu lagi.

"Pandai cakap Melayu rupanya? Mestilah, sebab kau ni kan... Hell Hayben, bukan?" kata Flex dengan senyuman.

What the... Hell?

"... Apa yang buat kau fikir aku ni Hell Hayben?" soal lelaki itu.

"Sebab aku orang yang kau panggil Ace Ayrnight. Kenapa kau tak buka je topi keledar kau tu?" kata Flex tenang.

"... Haa..."

Tangan mencapai topi keledarnya. Perlahan-lahan dia membuka topi itu lalu dia mencampakkannya ke tepi. Mata memandang wajah di sebalik topi keledar itu.

Pakcik Hell?!

Matanya terbuka luas. Elice terkesima... Terkejut... Hairan... Semua perasaannya bercampur baur. Kenapa Hell ada kat sini? Kenapa dia...? Jadi selama ni dia yang ugut aku?

"Macam yang aku sangka, kau ni Hell Hayben." kata Flex lagi. Bibir mengukir senyuman sinis.

"Aku terkejut kau boleh cari tahu pasal identiti aku. Padahal aku dah tutup sebahagian besar maklumat pasal aku... Ini lebih baik. Tak payah aku susah-susah perkenalkan diri." balas Hell tanpa reaksi.

"Tapi aku tak kenal kau." kata Fley pula.

"Then shut up." balas Hell kepada Fley. Fley menjelirkan lidahnya.

"Kau ni betul-betul Hell...?" tanya Elice tidak percaya. Lelaki bernama Hell itu sudah lama menghilang sejak kematian ibu bapanya.

"Yes, Eliora. It's me, Hell Hayben." balas Hell. Mata memandang gadis itu. She's really grown up a lot.

"Now, come to me." sambungnya.

"Kalau kau Hell, kenapa kau buat macam ni? Flex ialah suami I dan diorang ialah keluarga I. Jadi kenapa kau nak cederakan diorang??" soal Elice mendatar.

"Sebab aku peduli pasal kau. Walau apa pun caranya, aku kena pastikan kau selamat. Dan Ayrnight hanya akan membahayakan kau." jawab Hell serius.

"Ayrnight ni membahayakan? Kepala otak kau lah. Apasal tuduh-tuduh orang ni?? Kau tu lagi nampak bahaya." kata Fley tidak puas hati. Pistol dihalakan ke arah Hell.

"Axce Ayrnight, timbalan ketua Vipers. Mula membunuh sejak umur 13. Mangsa lebih daripada 500 orang, kiraan tidak termasuk sehingga sekarang. Mungkin dah lebih 800 orang. Bukan setakat membunuh, malah kau buat banyak lagi benda gelap. Contohnya? Seludup benda haram.

Ace Ayrnight, ketua baru Vipers. Tidak ada rekod pembunuhan. Antara semua ahli Vipers, Ace Ayrnight antara ahli yang tidak ada kesalahan khusus. Kenapa? Sebab dia tak bunuh orang dan hanya memberikan arahan.

Alexander Savero, Alexavier Savero dan Ryuu Ansel. Korang bertiga lagi bahaya berbanding Ace Ayrnight. Membunuh tanpa henti dan tidak berperasaan.

Alexander Savero, si sniper yang selalu menembak hati target. Takda rekod yang kau pernah tembak kepala orang. Alexavier Savero, pakar bertarung dalam jarak dekat. Hebat bertarung tanpa menggunakan senjata.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now