𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 37

1.2K 71 0
                                    

Lelaki tidak dikenali itu menutup panggilan telefon. Matanya terbuka luas. Apa ni? Menjauh dari Flex? Dia ingat aku boleh ke hidup tanda Flex? Kenapa setan tu suka hati suruh aku buat macam tu? Dia ingat dia siapa nak suruh aku tinggalkan suami aku sendiri?

✧✧✧

Keadaan di private mansion Flex sangat suram. Lelaki itu duduk di hadapan meja kerjanya tanpa sebarang reaksi. Mata memandang buku yang dijumpai oleh Fley dan Ryuu itu.

Adler The Black Mamba : Green Eye

Xander, Xavier dan Ryuu turut berada di dalam bilik itu, manakala Fley berada di bilik lain sedang berehat. Suasana di bilik itu cukup dingin dan sunyi sepi.

"Sekarang aku pasti pasal pendapat kau, Ace." kata Xavier yang memulakan perbualan.

Tangan mencapai buku bertajuk 'Adler The Black Mamba : Green Eye' lalu perlahan buku itu dibuka dan dibaca. Sungguh dia terkejut.

Buku itu jelas menunjukkan bahawa Adler ialah keluarga sebenar yang memimpin Black Mamba. Buku itu menerangkan segalanya tentang Adler dan Black Mamba. Even nama-nama setiap ketua Black Mamba tercatat di situ.

Tidak lupa juga, nama setiap ahli keluarga Adler ditulis cukup rapi di setiap helaian, beserta aktiviti gelap yang pernah mereka lakukan. Aktiviti yang sering dilakukan ialah membunuh. Buku itu merupakan bukti kepada sangkaan mereka.

"Jadi itulah rahsia keluarga Adler rupanya? Aku tak sangka diorang betul-betul keturunan mafia." kata Xander.

"Kiranya abang Elice tu ketua Black Mamba lah kan? Kalau ketua diorang masih hidup, kenapa Black Mamba dah tak aktif ah?" kata Xavier yang turut membaca buku itu.

"Sejak Black Mamba dipimpin oleh Aaron Adler, aktiviti gelap diorang dah mula berkurang. Dan bila Elero Adler yang jadi ketua, Black Mamba terus jadi tak aktif. That's why ramai fikir diorang dah bubar." kata Xander sambil meneliti buku itu.

"Tapi aku tak jumpa nama Elice kat senarai ahli Black Mamba. Korang ada jumpa?" kata Xavier masih mencari nama gadis itu.

"She is not one of Black Mamba. And she never be a member." kata Ryuu.

"Ohh patutlah takde nama dia. Bukan ahli rupanya. Eh? Apasal ada nama Ayrnight kat sini?" sambung Xavier. Jari telunjuk ditunjuk ke nama Ayrnight di buku itu.

"Pelik. Kenapa tulis nama Ayrnight, bukan Vipers? Nama Black Mamba pun jadi Adler kat sini." kata Xander hairan.

"Ryuu, what do you think about that?" kata Flex yang sedari tadi hanya berdiam diri. Mata memandang ke arah Ryuu yang elok bersandar di dinding.

"That one, I think there is another relationship between Adler and Ayrnight. Not as a mafia, but the opposite. Relationships between families." balas Ryuu.

"Boleh jadi juga. Sebab diorang tak letak nama kumpulan mafia, sebaliknya diorang terus letak nama family." kata Xavier pula.

Suasana diam seketika. Masing-masing berfikir ligat tentang hal tersebut. Apa hubungan antara keluarga Adler dan Ayrnight ah? Musuh or diorang ada hubungan lain?

"Elice. Call her." kata Flex sepatah.

"Tadi bukan kau dah call?"

"Aku rasa tak sedap hati." tangan terus mencapai telefon pintarnya lalu nombor Elice didail.

Flex menelefon gadis itu berulang kali namun tidak disambut. Panggilannya akhirnya disambut selepas beberapa kali ditelefon.

"Elice, you okay? Kenapa you tak jawab panggilan telefon I?" kata Flex mendatar. Lebih kepada risau.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now