𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 30

1.7K 76 0
                                    

"I fell in love with her and her beauty soul." - Flex Ace Ayrnight

✧✧✧

Selepas beberapa jam tempoh masa penerbangan, akhirnya mereka tiba di Kuala Lumpur, Malaysia. Perbezaan waktu di sana sangat berbeza berbanding dengan Amerika.

Beza waktu di Malaysia dan Amerika lebih kurang 13 jam. Kini di Malaysia sudah agak lewat dan gelap. Di Amerika mungkin masih cerah memandangkan perbezaan waktu yang agak ketara.

Mereka memutuskan untuk bermalam di Hotel Adler. Lagipun memang milik Adler juga kan so why not? Beg mereka dibawa pergi ke tingkat khas oleh pekerja hotel itu.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam hotel, semua pekerja berbaris dan menunduk hormat kepada President Adler dan tentunya kepada Elice juga.

Inilah benda yang aku paling malas. Kena layan hormat camni. Kalau ya pun, takyah lah sampai nak buat barisan panjang semata-mata nak sambut kitorang. Aku prefer layan perangai Fley tu daripada nak kena hadap semua ni.

Elice terus meluru masuk ke dalam lif VVIP tanpa menoleh ke belakang. Malas lah nak kena hormat segala bagai ni. Elero dan Freya mengikuti langkah Elice. Mereka tahu perangainya yang tidak ingin dilayan seperti itu. Tapi nak buat macamana lagi.

Mereka menuju ke tingkat paling atas, iaitu tingkat khas hanya untuk si pemilik hotel. Di setiap hotel milik Adler, memang disediakan satu tingkat khas hanya untuk mereka iaitu di tingkat paling atas hotel itu.

Pintu lif dibuka. Elice terus melangkah keluar dari dalam lif. Di tingkat itu, terdapat 6 bilik yang lengkap berserta bilik mandi sendiri. Terdapat juga ruang tamu dan kemudahan lain. Macam rumah sendiri dah.

"Elice, kalau you perlukan apa-apa terus bagi tahu I atau Freya." kata Elero kepada adiknya.

"Um." balasnya sepatah. Tangan mencapai beg bagasinya lalu ditarik.

"Oh ya, I nak tanya. Elice, awak demam?" tanya Freya tiba-tiba.

"Taklah. Kenapa?" balas Elice. Keningnya diangkat sebelah.

"Dari tadi awak pakai hoodie, so saya ingatkan awak sakit." kata Freya lagi.

"Erm..." matanya memandang ke arah bertentangan.

Aku tak sakit lah. Aku pakai hoodie sebab nak cover kesan-kesan merah kat badan aku ni. Semua sebab Flex tu. Haih. Tak pasal-pasal kena pakai hoodie. Dah lah kat luar tu panas.

"You okay?" kata Elero yang akhirnya bersuara. Reaksinya jelas kelihatan risau. Dia melangkah mendekati adiknya.

"Saya okay je lah. Korang ni dah kenapa? Dah lah. I nak rehat kejap." kata Elice lalu dia pantas melompat masuk ke dalam biliknya. Tombol pintu dikunci.

Elice menghela nafas berat. Takkan aku nak tunjuk kesan ni pula kan? Malu lah aku. Badan terus dijatuhkan ke atas katil bersaiz King itu. Matanya perlahan-lahan mula tertutup. Penat.

Hampir dia terlelap, tiba-tiba kedengaran bunyi telefon yang berdering. Ikutkan hati malas nak sambut, tapi orang tu call tak henti-henti. Bengang lah aku.

Tangan akhirnya mencapai telefonnya yang terletak di atas meja. Nama pemanggil itu diteliti dan dipandang lama. Kau memang takleh bagi aku rehat kejap kan, Fley? Panggilan dijawab malas.

"Haa panjang umur. Jawab juga kau. Ingatkan nak terus jual mahal." kata Fley sambil memakan biskut chocolate chips nya.

"Ha? Siapa jual mahal? I penat lah. Kitorang baru sampai." kata Elice cuba menahan geramnya. Dahinya sudah pun dikerutkan.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now