𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 22

1.6K 83 0
                                    

Lamborghini milik Flex memecut laju di jalan raya. Cuaca juga cukup cerah tetapi ramalan cuaca mengatakan bahawa hujan akan turun pada waktu malam.

Flex mengenakan suit berwarna hitam beserta kemeja juga berwarna hitam di dalam. Walaupun cukup ringkas tetapi dia tetap kelihatan segak. Tema dia black kut.

Elice pula mengenakan dress putih yang elok menutupi lututnya. Rambutnya disanggul kemas dan makeupnya yang kelihatan natural menonjolkan lagi kecantikan dirinya.

"Kita nak ke mana?" tanya Elice.

"Dating." balas Flex.

"Saya tahulah dating tapi kat mana?" kata Elice.

"You nak ke mana?" kata Flex. Tangan elok memandu dan mata memandang hadapan.

"Library."

"Please Elice, takkan kita nak dating kat perpustakaan?" kata Flex.

"You yang tanya I nak ke mana. Lagipun dah lama I tak pergi library." balas Elice.

"For real?" kening Flex diangkat sebelah.

"Tak lah. I pun tak tahu nak pergi mana. Tapi kenapa you tiba-tiba ajak dating ni ah? Tak sibuk?" kata Elice.

"I nak luangkan masa dengan you. That's why harini I cuti kejap." balas Flex.

Elice tidak membalas malah hanya memandang wajah suaminya. Sejujurnya memang agak jarang Flex membawanya keluar. Malahan waktu kepulangan Flex ke rumah juga tidak menentu.

"Why? Ada something kat muka I? Atau you suka tengok muka I?" kata Flex bergurau.

"Taklah. I just terfikir something." balas Elice.

"Tell me dear."

"Bukan apa, tapi I tak perasan dah lebih sebulan kontrak kita. Ada lebih kurang beberapa bulan lagi sebelum kontrak kita tamat." kata Elice. Tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"I just curious. Lepas kontrak kita dah tamat nanti, apa akan jadi? Kita takkan berjumpa lagi? Atau mungkin I memang takkan jumpa korang semua dah?" katanya lagi.

Elice sudah mula membiasakan diri dengan keadaan sekelilingnya dan orang-orang di sana. Dia juga mula biasa dengan sikap setan bernama Fley yang selalu buat masalah.

Flex terdiam seketika. Mata masih memandang ke hadapan.

"I nak you jawab something." kata Flex dengan reaksi serius. Elice terus memandang wajah Flex.

"What?"

"You suka I?"

Elice yang mendengarkan soalan itu terus membulatkan mata. Apasal tiba-tiba tanya ni? Ini kali pertama suaminya menanyakan soalan seperti itu.

"Selama kita bersama, you pernah ada perasaan dekat I?" tanya Flex lagi.

Elice terdiam. Tidak tahu ingin membalas apa. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Wajah terus menoleh arah bertentangan dari suaminya.

"Kenapa you tiba-tiba tanya soalan macam ni?" soal Elice tanpa memandang Flex.

"Sebab I nak tahu pasal perasaan you. And I want you to know something about me. I..." kata Flex. Ayatnya tergantung.

Elice menolehkan wajahnya memandang Flex perlahan-lahan. Dia menunggu lelaki itu menghabiskan ayatnya.

"I think I can try to love you." kata Flex. Reaksinya cukup serius.

Mendengarkan kata-kata Flex itu, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Eh? Dia nak cuba suka aku? Jadi dia ada perasaan dekat aku? Kata Elice yang bermonolog sendiri dalam hati.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now