𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 31

1.5K 71 1
                                    

Keadaan di Malaysia sudah gelap. Walaupun jam menunjukkan pukul 12 malam, Elice, Elero dan Freya baru hendak makan malam.

Walaupun badan malas hendak bangun dan berjalan, perutnya tetap tidak memberikan pilihan. Elice perlu makan sesuatu untuk memuaskan perutnya.

Memandangkan Elero dan Freya juga belum makan malam, mereka akhirnya memutuskan untuk menjamu selera bersama. Elice hanya akur dengan suggestion abangnya.

Makanan yang dipesan tiba. Bismillah... Doa dibaca lalu makanan terus disuap ke dalam mulut dengan menggunakan tangannya.

"Tak nak guna sudu?" kata Elero sambil memandang adiknya yang makan menggunakan tangan.

"Tak sedap lah nasi lemak kalau makan guna sudu. Mama yang kata macam tu." kata Elice kepada abangnya.

Elero tersenyum mendengarkan. Tak menyangka adiknya masih ingat hal tersebut walaupun dia dah lama tidak datang ke Malaysia.

"Pelan-pelan makan. Nanti tersedak." kata Elero.

"Hmm." balas Elice sepatah.

Mata melihat makanan di atas meja itu. Tak ada... Mana eh? Takkan takda pula? Mustahil lah takda. Kat Malaysia kut. Elice mencari sesuatu.

"Awak cari apa?" tanya Freya yang perasan anak mata gadis itu tidak berhenti bergerak.

"Mana cincau yang saya order??" katanya mendatar.

"Oh, cincau rupanya. Haa ni." kata Freya sambil menghulurkan air cincau itu kepada Elice.

"Masih suka cincau? Ingatkan dah takda selera makanan Malaysia. Masih ada rupanya?" kata Elero gurau.

"Mestilah. Kalau makanan orang barat, dah hari-hari makan." balas Elice.

"Glad you didn't change, Elice. You and mother used to say the same things." kata Elero apabila teringat dengan arwah ibu mereka.

"You and father dua kali lima." balas Elice dengan senyuman.

"10." jawab Freya.

"Syabas. Jawapan anda betul." kata Elero pula.

Tangan terus mencapai air cincau itu lalu diminumnya. Sedapnya. Dah lama tak minum cincau. Yummy. Bibir mengukir senyuman lebar.

"Pagi nanti kita akan terus ambil penerbangan terawal untuk ke Sabah. Dan kita akan stay kat hotel Adler untuk beberapa hari. Lepas ni kamu rehat lah dulu." kata Elero.

"Lepas sampai kat Sabah, kita stay kat rumah papa mama boleh? Saya tak nak tinggal kat hotel. Kalau kena tinggal kat Hotel pun, tak nak Hotel Adler." kata Elice serius.

Dia berkata demikian kerana tidak ingin hadap perkara seperti tadi lagi. Sungguh dia kurang menyukai perhatian di tempat awam.

"Anything for you, my little girl. Okay, kita stay kat rumah papa mama." balas Elero. Elice terus tersenyum mendengar balasan abangnya.

✧✧✧

Perut penuh dengan makanan, alhamdulillah. Elice kemudiannya duduk di katil bersaiz King itu. Tak boleh terus baring lepas makan.

Tangan mencapai telefonnya yang terletak di atas meja itu. Screen telefon dibuka lalu terpapar mesej daripada seseorang. Mesej itu ditekan sambil bibir mengukir senyuman.

Flex :
Assalamualaikum. Dear, you dah tidur?

Elice :
Walaikumsalam. I baru siap makan, belum tidur lagi.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt