𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 18

1.7K 79 2
                                    

Mereka saling menghalakan pistol antara satu sama lain. Mata saling menikam. Tapi keadaan masih terkawal.

"Vipers, long time no see. Isn't it Ace dan Axce?" ujar Vodka yang masih sedang mengacukan pistolnya ke arah Flex dan Fley.

"Haahlah ! Ace, tahniah sebab dah jadi ketua baru Vipers." ucap Vinter tenang. Nadanya seperti biasa, kedengaran bergurau. Bibir mengukir senyuman penuh makna.

"Long time no see Vinter and Vodka." ujar Flex juga tenang.

"Hai babi-babi sekalian. Aku tahu korang rindu aku. Tapi takpa, aku tetap tak sayang sampah-sampah macam korang. Walaupun aku tahu korang sayang emas macam aku. " kata Fley sambil tersenyum sinis. Mula dah mencarut setan yang satu ni. Boleh pula dia anggap diri dia emas?

"Vin, boleh aku bunuh anjing yang satu ni dulu? Sakit telinga aku." kata Vodka jujur. Awal-awal dah stress apa lagi kalau hari-hari.

"Up to you. Tapi aku pun nak bunuh dia. Oh ya ! Aku ada idea yang cukup bernas !" kata Vinter sambil tersengih.

Vodka hanya mengerutkan dahi. Idea bernas Vinter tu selalunya bukan hal baik. Ya, dia pun salah faham dengan maksud idea bernas. Sama seperti Wolv yang salah faham maksud main.

"Kita penggal kepala Axce dulu, pastu gantung dekat depan mall ni. Amacam? Badan dia pulak, kita bagi makan buaya." kata Vinter dengan senyuman lebarnya.

Vodka hanya tersenyum kecil. Tak tahu nak jawab apa. Kalau aku yang membunuh, mayat bakar terus atau terus buang. Tapi manusia yang satu ni rajin sangat nak gantung segala bagai.

"Woi apasal kau nak penggal kepala aku sorang je? Kepala Ketua mafia tak  nak?" kata Fley tidak puas hati.

"Aku memang nak bunuh Ace, tapi biarlah Wolv yang dapat peluang tu. Lagipun Wolv cakap nak main lagi, dan dia cakap dia sendiri akan urus Ace." jawab Vinter selamba.

"Jadi bila dia nak bunuh Ace ni? Cepatlah bunuh Abang aku tu. Nanti silap-silap bukan rezeki dia camna." kata Fley sambil bercekak pinggang. 

Flex menoleh ke arah adiknya dengan reaksi menyampah. Sial punya setan. Kau memang nak aku mati awal? Sebelum aku mati, aku akan pastikan kau mati dulu.

"Rilek bro. Aku kan sayang kau. Kalau kau mati nanti aku tolong imamkan solat jenazah kau." kata Fley bersahaja. 

"Shut the fuck up." balas Flex mendatar. Darahnya sudah turun naik cuba bersabar dengan gaya adiknya yang tak betul ni.

"Bila boleh tembak ni?" kata Vodka sedari tadi hanya berdiam diri. 

"Oh wait." kata Vinter lalu cuba mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

"Wait, wait..." masih sibuk mencari sesuatu. Flex dan Fley memerhati dengan kebingungan. Vodka pun tak tahu apa yang Vinter cari.

"Wait... Aha ! Jumpa pun !" kata Vinter selepas struggle mencari sesuatu. Sebiji bom asap dikeluarkan. Senyuman sinis diukir di bibir.

"Kau nak buat apa, bunuh semua orang kat sini?" soal Fley. Keningnya dikerutkan.

"Ini bom asaplah. Kau ingat aku nak bunuh orang guna ni? Agak-agaklah nak bunuh orang pakai bom asap. Too stupid." kata Vinter selamba. Fley pula rasa menyampah.

"Jadi apa kau nak buat dengan bom tu?" kata Vodka pula.

"Eh ya pula, Aku lupa. Kejap eh..." kata Vinter lalu kunci bom itu ditarik. "KE--BOOM!" dengan pantas bom itu dihumban ke arah orang ramai sebelum bom itu meletus dan mengeluarkan asap.

BOOM!

Keadaan menjadi sangat berasap. Orang ramai yang berada di sana terus kecoh berlarian keluar dari mall itu.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓On viuen les histories. Descobreix ara