𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 60

1.2K 65 0
                                    

Bukannya tak nak bagi tahu tapi... Apa reaksi isteri aku nanti, kalau dia tahu yang ayah aku sendiri dah bunuh mak aku? Nafas berat dihela panjang.

"Tak, I akan cerita. Elice, you berhak untuk tahu," kata Flex akhirnya.

"Sebenarnya... Mak I meninggal dunia disebabkan oleh ayah I," ujar Flex.

"Kenapa...?" mata Elice terus membulat.

"Masih nak I teruskan? Saya dah boleh agak reaksi awak macam mana nanti," tanya Flex.

"Tak apa. I nak dengar," jawab Elice yang cuba mengawal riak wajahnya.

"Semuanya bermula beberapa tahun lalu. Kalau tak salah, umur saya 8 tahun masa kejadian tu berlaku. Mak saya sakit teruk. Boleh dikatakan teruk juga masa tu. Jadi hampir setiap sepanjang hari dia terlantar atas katil," jelas Flex.

"Sakit apa?" tanya Elice perlahan.

"Saya sendiri tak tahu apa penyakit mak, sampai dia separuh lumpuh macam tu. Nak kata demam, tak juga," Flex berhenti seketika.

"Yang peliknya, dia tiba-tiba sakit. Ayah saya tak pernah bagi tahu apa sakit mak. Dia cakap tak perlu risau, dan saya hanya percaya cakap dia. Sehinggalah berlaku peristiwa pada malam itu. Saya dan Axce terdengar suara benda pecah dari bilik mak dan ayah saya. Jadi kitorang terus bergegas pergi sana. Selepas itu..."

Kata-kata Flex tidak disambung. Elice yang menyedari perubahan emosi pada diri Flex secara automatik cuba menenangkannya. Perlahan-lahan tangannya mencapai belakang suaminya, lalu diusapnya lembut.

"Tak apa, Flex. Jangan sedih," ujar Elice dengan senyuman kecil.

"Sorry, I emosi sikit. Biar saya sambung. Selepas itu, kitorang terus terjah masuk ke dalam bilik tu. Masa itulah mimpi ngeri saya bermula. Mak saya... Mati dalam pelukan ayah saya. Dia berdarah, terluka dan dah tak bernyawa. Bahagian perut mak ditikam. Yang lebih mengejutkan, ayah saya sendiri ialah pembunuhnya," kata Flex dengan wajah datar.

Wajahnya masih kelihatan tenang, atau lebih tepatnya tidak ada ekspresi. Walaupun sebenarnya dia cuba mengawal emosi, kena tetap jaga cool depan isteri.

"Apa...? Tapi kenapa? Awak yakin dia yang bunuh?" soal Elice agak terkejut. Matanya tidak berkedip.

"Saya sendiri tak nak percaya tapi... Ayah saya sendiri yang mengaku. Orang tu sendiri yang cakap. Dia cakap, dia ialah orang yang dah tikam mak," jawab Flex.

"Awak percaya?" tanya Elice lagi.

"Pada mulanya saya tak percaya. Sehingga saya teringat ada ternampak pisau di tangannya. Dan dah terbukti, hanya ada cap jari dia pada pisau tu," jelas Flex perlahan.

"Sejak hari itu, saya tak pernah anggap dia sebagai ayah saya. Tidak selepas dia bunuh mak," sambung Flex. Bibirnya langsung tidak mengukir apa-apa senyuman.

"Macam mana dengan Fley dan Florin? Diorang pun anggap ayah korang macam tu?" tanya Elice lagi.

"Axce... Dia ada cuba nak bunuh orang tu. Tapi masa tu, dia hanyalah budak berumur 5 tahun yang naif. Ayris pula masih bayi, jadi dia hanya tahu kebenarannya bila dia mencecah peringkat remaja. Tentunya dia marah dan terkejut, tapi Ayris tak pernah cuba bunuh orang tu. Sebaliknya dia ubah personaliti dia. Dulu dia tak pendiam sangat, tapi lepas tahu kebenarannya Ayris 100% berubah. Bercakap bila perlu dan jarang tunjukkan emosi. That's it," jelas Flex menjawab persoalan Elice.

"Tak sangka korang pun ada masa lalu yang gelap... So sorry to hear that. Dan maaf sebab saya paksa awak cerita..." kata Elice. Flex hanya menggeleng perlahan.

Sunyi.

Suram.

Tiada emosi.

Elice memandang wajah suaminya yang tidak menunjukkan sebarang perasaan. Sejujurnya, dia memahami perasaan Flex. Kerana dia sudah pernah melaluinya. Peristiwa gelap, orang tersayang meninggal dan semuanya dirancang.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora