𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 59

1.1K 60 1
                                    

Continuation of Wolv's POV

"Ketua keluarga Levine suruh aku untuk kembali ke sana. Dia cakap nak jadikan aku ketua baru Cobra. Dah nak mampus kut. Kepala hotak dia, suka hati je nak arah-arah aku pulang lepas dia sendiri yang halau aku. Tapi selepas berfikir panjang, akhirnya aku buat keputusan untuk terima.

Why?

Easy.

Of course it's for my revenge.

Aku putuskan untuk kembali ke tempat yang pernah buang aku. Such a fool I am. Aku bagi tahu Ace yang aku nak keluar dari Vipers sebab dah tiba masanya Cobra jadi milik aku. Tapi aku tak pernah bagi tahu sebab yang sebenar. Dan sejak hari tu, aku suka main dengan orang. Tak tahu kenapa. Aku dah anggap semua benda ialah game, yang menang dapat semuanya dan yang kalah sebaliknya.

Ada dua sebab kenapa aku putuskan untuk tinggalkan Vipers. First, of course for my revenge. Second, untuk keselamatan Vipers. Diorang dalam bahaya ke? Yeah, they are. Ketua keluarga Levine cakap, kalau aku tak kembali ke sana, dia akan bunuh Vipers. Which means, dia akan bunuh keluarga kedua aku. Diri aku pada ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa. Ace dan yang lain... Aku dah anggap macam keluarga sepanjang tempoh masa kitorang bersama. Nak atau tak, Vipers terpaksa biarkan aku pergi.

Korang pasti kenal aku kan? Diri aku yang dulu tak sekuat yang sekarang. Dulu aku tak pernah ingkar arahan ketua keluarga Levine tu. Macam anak anjing yang patuh dengan tuannya, aku ikut segala arahan mereka. Tapi sejak aku hidup dengan diorang Vipers, aku belajar untuk hidup dengan keinginan sendiri. 'Enjoy your life to the fullest,' itu yang Ace cakap.

Selepas 3 tahun tak balik, akhirnya aku jejakkan kaki semula dekat rumah itu. And finally, I met him again. Aku jumpa orang yang dah cipta masa lalu gelap aku. Ya, orang tu ialah pakcik aku sendiri. Syaitan itu ialah penyebab segalanya. Tak. Dia ialah punca. Parents aku meninggal disebabkan oleh syaitan itu. Anjing itu ingat aku tak tahu? How shit. Dia pergunakan ibu bapa aku sebagai bahan untuk penilitian sialan dia...! He fucking create my nightmare. That's why, I want revenge. Demi parents aku dan demi diri aku sendiri.

Lepas aku kembali, dia lantik aku jadi ketua baru Cobra. Orang tua tu dah nak mampus, even sekarang dia dah tak dapat jalan macam biasa. Oh dan, korang masih ingat masa aku cedera teruk hari tu? Orang tua tu punya pasallah. But I let it be, because it's my game. Aku biarkan, sebab belum sampai masa untuk aku bertindak. Kenapa dia pukul aku? Sebab dia nak buka 'benda' tu secepat mungkin. Benda apa? Sebuah peti. Dan dalam peti tu, ada benda penting yang terkait dengan Ayrnight dan Adler. Peti tu hanya boleh dibuka dengan 'kunci' sebenar.

Korang ingat pasal kemalangan yang menyebabkan pasangan Adler meninggal tu? Betul. Pakcik aku, iaitu orang yang dah bunuh parents aku... Dia ialah orang yang dah bunuh pasangan Adler. Kemalangan pada hari tu semuanya dia yang rancang. Black Mamba curi 'benda' itu, and dorang simpan dalam peti kebal. Ada teka-teki untuk buka peti tu.

At first, aku ingatkan yang Black Mamba dah tak ada. Dan aku tak tahu yang Deadler tu nama palsu. Tak sangka, keluarga Adler ialah pemimpin sebenar. Hanya ada 2 pewaris keluarga Adler yang masih hidup, iaitu anak arwah pasangan Adler. Elero Elio Adler dan Elice Eliora Adler. Diorang tak diburu sampai sekarang pun sebab tak ada siapa tahu pasal keberadaan sebenar Black Mamba. Arwah pasangan Adler bijak juga eh? Teka-teki pelik tu pun diorang yang cipta.

So, babi tu suruh aku untuk buru Black Mamba. Orang tua itu arah aku untuk buat segalanya agar peti kebal itu terbuka. Aku terima, sebab ini sebahagian dari game aku. Dan... Aku dah tahu jawapannya. Semestinya, Ace dan Elice masih belum tahu pasal hal ni. Tapi aku pasti, tak lama lagi Ace akan tahu kalau dia selidik lebih lanjut. Because there is no secret in this world. Aku tak rancang nak bagi tahu Ace sebab... Mak dia meninggal... Ada kaitan dengan hal ni.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now