𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 62

1K 55 0
                                    

Elice mengukir senyuman manis. Seronok juga eh ada adik ipar macam Fley ini? Walaupun kadang boleh naik darah sebab perangai dia. Siapalah yang jadi isteri budak Fley ni? Curious pula aku.

Cakap pasal suami, bila Flex nak balik ah? Aku rindu suami akulah. Di mana aku letak telefon aku? Dekat dalam bilik? Kata Elice bermonolog sendiri. Kakinya terus melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik.

✧✧✧

Mata meneliti sekeliling bilik itu, cuba mengingati di mana dia letak telefonnya. Kepala yang tidak gatal itu digaru. Laci di meja soleknya ditarik. Tidak ada dalam laci. Selimut di atas katil pula ditarik. Masih tidak ada. Elice melangkah masuk ke bilik pakaian. Satu per satu bahagian ditelitinya. Namun, bilik itu besar dan macam-macam benda ada di sana. Tidak ada juga.

Elite kemudiannya melangkah keluar dari bilik pakaian. Otaknya cuba mengingat kembali di mana kali terakhir dia memegang telefonnya. Perlahan-lahan, balkoni di bilik itu ditujunya. Tanpa disangka, telefonnya elok terletak di atas meja di kawasan balkoni itu.

Aku baru teringat. Tadi aku ada lepak dekat balkoni sebelum pergi dekat Fley. Dengan kadar segera, dia terus mencapai telefonnya yang berada di atas meja itu, lalu nama suaminya dicari.

Elice :
Dear, awak masih sibuk?

Mesej dihantar. Dua garis kelabu, namun masih belum ada balasan. Sah dia sibuk, sebab memang jarang suaminya lambat balas.

Elice :
Saya tunggu awak kat rumah. Ohh dan kalau boleh belikan sekali coklat hehe. Miss you so much.

Telefonnya ditutup. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi di balkoni itu. Dirinya termenung menatap awan di langit. Awan itu ditenung lama sambil dia terbayang wajah mama dan papanya sedang tersenyum.

Papa... Mama... Saya harap papa mama gembira di atas sana. Dan, saya akan jadi mak nanti. Mama rasa saya boleh jadi mak yang baik macam mana? Please watch me. Please take care of me and my family. Thank you, papa mama and... Licce minta maaf... Elice bermonolog sendiri.

Sejak kebelakangan ini dia asyik teringatkan akan arwah ibu bapanya. Disebabkan beberapa kali traumanya menyerang semasa hujan, memang automatik teringat balik mimpi ngerinya. Sedang dia mengelamun, telefonnya tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Sungguh dia teruja sebab dia ingatkan itu balasan mesej dari Flex. Rupanya... Erk, Vinter??

Vinter Franstein :
Yo Emerald eyes.

Berkerut kening Elice dibuatnya. Kenapa dia mesej aku tiba-tiba ini? Nak tak nak, kali ini dia perlu balas sebab tak nak kena spam sticker.

Elice :
Why?

Vinter Franstein :
🤣🤣🤣

Tambah berkerut kening Elice. Apa masalah makhluk ni ah? Apa yang lucu sangat sampai tiba-tiba hantar emoji gelak? Aku just tanya kenapa.

Vinter Franstein :
Aku gurau jelah. Janganlah mencarut dulu.

Elice :
You kenapa tiba-tiba mesej I?

Dalam hati aku tengah bersabar, kau tahu? Gaya Vinter ini tak lebih macam syaitan Fley. Dua-dua tu bencana alam.

Vinter Franstein :
You tak rindu I ke? Dah lama aku tak melawat Vipers.

Elice :
Just dream. Never.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now