𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 78

1.2K 57 0
                                    

Flex mencapai pistol yang betul-betul berada di sampingnya, lalu dihalakan tepat ke arah Wolv.

"Aku nak kau bunuh aku. Lepas tu, aku dah takda penyesalan lagi kat dunia ni." balas Wolv dengan senyuman.

Flex terdiam mendengarkan kata-kata Wolv sebentar tadi. Bunuh? Bunuh siapa? Wolv? Tak, ini salah. Sedar sikit, Flex Ayrnight. Kau tak membunuh, jadi kenapa aku rasa macam ni?

"Apa yang kau tunggu lagi?" kata Wolv menyedarkan Flex.

Flex hanya memandang Wolv tanpa balasan. Perasaan dalam dirinya bercampur baur. Ini ialah satu-satunya peluang untuk hapuskan Wolv selamanya. Kalau dia tak ambil peluang ni, siapa tahu bila peluang lain akan datang?

Lagipun Wolv ialah musuh aku, dia yang pilih untuk jadi musuh aku. Aku tak pernah minta kitorang jadi musuh atau jadi lawan. Ya, betul. Dia yang keluar dari Vipers. Wolv sendiri yang tinggalkan kitorang. Kata Flex sendiri.

Secara alami Flex menekan pemicu pistol itu, lalu dihalakan kembali ke arah Wolv. Situasi sungguh tegang antara mereka. Wolv pasrah, dia langsung tidak melawan malah hanya membiarkan tindakan Flex.

"So I guess it's a goodbye?" Wolv berkata dengan nada sayu. Senyuman kecil masih elok diukir di bibirnya.

"... Right?" jawab Flex perlahan.

BANG!

Satu das tembakan dilepaskan. Wolv berfikiran bahawa dia telah mati ditembak Flex, sebaliknya tembakan itu dilepaskan oleh orang lain. Flex menoleh ke belakang sambil memandang si penembak.

"Bising betul lah kau ni. Ada mulut, kenapa tak guna?" kata Vinter kepada Fley yang baru melepaskan tembakan tadi.

"Abang aku tak dengar kalau aku guna suara hensem aku ni. Telinga dia dah pekak agaknya." balas Fley bersahaja. "Yo Ace." tegur Fley kepada Flex.

"Axce. Kau buat apa kat sini?" soal Flex dingin.

"Aku datang sini untuk selamatkan kau." balas Fley selamba.

"Selamatkan aku?" Flex mengerutkan keningnya.

"Haah. Selamatkan kau daripada buat perkara yang kau akan kesal nanti."

"Aku tak faham maksud kau." jawab Flex sepatah. Masih tidak faham.

"Kau ingat aku buta? Aku nampak dengan jelas kau tengah buat apa tadi. Nampak sangat kau nak bunuh manusia ni. Kalau bukan aku datang sedarkan kau, mesti kau dah bergelar pembunuh nanti. Kau ingat Lice akan terima?" perli Fley.

Flex terdiam lagi. Ada betulnya juga kata-kata Fley. Kalau bukan sebab Fley datang, mesti dia dah terlanjur bunuh Wolv. Tentunya dia akan mendapat gelaran pembunuh. Kalau hal tu berlaku, dia takkan boleh berpatah balik. Elice juga pasti akan membencinya.

"Dia musuh kita. Dari awal memang niat kita untuk hapuskan orang ni." kata Flex setelah berdiam diri.

"Fuck you. Haih aku benci betul lah cerita kau ni. Berhenti berbohong boleh tak? Kenapa kau tak jujur pasal apa yang kau rasa?" kata Fley mendatar.

"I don't know what the hell are you talking about, Axce." balas Flex dingin.

"Aku akan cakap ni sekali je, so buka telinga korang luas-luas. Ace, kau tak pernah benci Wolv. Korang kawan baik, walaupun lelaki tu dah pernah tinggalkan Vipers. Kau tak ingat ke? Berapa hari kau macam orang putus cinta lepas Wolv keluar daripada Vipers? Aku yang tak broken pun boleh jadi broken gegara kau." kata Fley lagi.

Bila difikirkan balik ada betulnya juga eh. Masa hari pertama Wolv keluar dari Vipers, Flex langsung tak keluar dari biliknya seharian. Hari kedua pun sama, begitu juga dengan hari-hari selepasnya.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now