𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 44

1.4K 68 1
                                    

Flex ingin bertanyakan sesuatu kepadanya selepas ini. Elice hanya mengangguk, lalu kaki melangkah memasuki bilik mandi itu. Dari semalam dia tidak mandi akibat terus tertidur. Flex pula kemudiannya turun ke tingkat bawah.

✧✧✧

Di ruang tamu tingkat bawah pula, Fley, Xander, Xavier dan Ryuu elok duduk melakukan kerja masing-masing.

"Weh weh weh! Babi! Sial! Xavier, kau kat mana?!" jerit Fley separuh hati.

"Aku on the waylah ni! Kau tu kat mana pula?!" balas Xavier yang juga sedang menjerit. Padahal diorang duduk berdepan je kut?

An ally has been slain!

You has been slain...

Double kill!

"Bodoh! Aku dah matilah! Sial! Lambat sangat kau datang. Baik tak payah datang tolong aku kalau macam ni," ujar Fley kesal. Fley dan Xavier bermain game online sambil menikmati sarapan mereka. Untuk hilangkan stress? Entahlah.

"Salah aku pula? Kau yang mati, aku pula yang dipersalahkan?" kata Xavier hairan.

"Aku takkan mati kalau anjing-anjing tu tak serang aku ramai-ramai. Dan kau bersalah sebab tak datang tolong aku," balas Fley dingin.

"Eleh. Siapa suruh kau. Berlagak sangat nak solo. Kena bunuh marah pula," Xavier berkata mendatar. Jari jemari sibuk menekan skrin telefonnya.

You has been slain...

Double kill!

"Aikk?!" terbeliak mata Xavier dibuatnya.

"Dah mati? Meh aku tolong. Eh--?"

You has been slain...

Triple kill!

BUKKK!... Defeat...!

Suasana diam seketika. Mereka berdua masing-masing terkilan. Mulut yang tadinya kuat sangat memaki kini tidak menuturkan sebarang kata. Itulah, cakap banyak. Main tak guna tangan, tapi guna mulut.

"Tak guna!!! Fuck!!!" jerit Fley sebelum pistol dihalakan ke arah Xavier.

"Woi... Woi! Kau dah gila?! Buang pistol kau sial!" jerit Xavier. Pantas dia berlari dan bersembunyi di belakang Xander.

Xander tidak menghiraukan, malah hanya menyambung kerjanya. Sudah terbiasa dengan drama syaitan berdua itu. Mata juga terlalu sibuk membaca maklumat yang terpapar di skrin komputer ribanya.

"Kita kalah disebabkan oleh kau, tahu tak?!" marah Fley. Urat di leher lelaki itu mula kelihatan.

"Tak, aku tak tahu!" jawab Xavier pantas. Kepalanya digelengkan laju.

"Tak tahu?! Aku bunuh kau karang!"

"Game je pun kan?? Apasal kau marah sangat ni?? Perlu ke sampai guna benda bahaya tu?!" ujar Xavier yang masih bersembunyi di belakang abangnya.

"Rank aku turunlah babi?? Sia-sia usaha aku push rank hari tu!" kata Fley mendatar.

"Habis itu kau fikir rank aku tak turun?"

"Kau ada star protection."

"Oh ye ke? Aku minta maaflah bro. Janganlah marah aku lagi. Nanti kita push rank sama-sama ya?" pujuk Xavier, cuba menenangkan Fley.

"Aku masih tak puas hati. Aku nak kau buat something untuk aku. Cepat urut belakang aku. Sakit gila bahu aku lepas kalah tadi," arah Fley sambil meregangkan bahunya.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora