𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 66

1.1K 60 1
                                    

Bilik dimana tersimpannya segala dokumen tentang mafia dijejaknya. Wajah dan jari-jarinya discan oleh kamera khas. Sebaik selepas identiti Flex dikenal pasti, pintu pun terbuka. Ditutup kembali setelah Flex melangkah masuk.

Di dalam bilik itu terdapat berpuluh rak buku dan lebih beratus dokumen yang tersimpan di sana. Tak hairan. Sebab semua maklumat dalam bilik tu dikumpul sejak generasi awal keluarga Ayrnight. Kebanyakannya pasal Vipers dan mafia lain.

Elice kena culik, tapi kenapa Flex tak pergi cari dia? Sebab Flex fikir, orang yang membunuh ibu bapa Elice ada kaitan dengan semua ni. Begitu juga dengan Cobra. Dia syak Levine dan Cobra ada kaitan dalam hal ni.

Flex melangkah menuju ke kawasan paling hujung di dalam bilik itu. Kerana di situ lah terletaknya dokumen yang dicarinya.

'The Three Snake Mafia.'

Gotcha.

Satu baris rak itu penuh dengan hal berkaitan The Three Snake Mafia iaitu melibatkan Vipers, Cobra dan Black Mamba. Satu per satu fail itu ditelitinya, sambil membaca label setiap fail.

'The Black Mamba.'

Fail pertama yang dicapainya merupakan fail yang berkaitan dengan Black Mamba. Dokumen itu ada mention pasal keluarga sebenar yang memimpin Black Mamba. Tapi rahsia tu sudah diketahui oleh Flex.

Dia baca dan baca lagi, tetapi kebanyakan hal yang tertulis di situ hampir semuanya telah dia tahu. Sehinggalah matanya tertumpu pada satu helaian kertas itu.

'The truth behind the death of Adler's partner, the real leader of the Black Mamba.'

Flex menelan air liur sebelum mula membaca isi dokumen itu.

Translate in Malay ;

'Aaron Adler merupakan ketua Black Mamba dan Elena Adler merupakan isteri beliau. Pasangan Adler mempunyai dua orang anak iaitu Elero Elio Adler dan Elice Eliora Adler. Malangnya, pasangan Adler telah meninggal dunia. Sebuah kecelakaan telah menimpa pasangan ini.

Ya, kematian pasangan Adler telah disengajakan. Segalanya telah dirancang oleh adik kepada ketua Cobra, iaitu Brian Levine.

Brian Levine, atau adik kepada Brent Levine ialah dalang disebalik segala kematian yang berlaku. Dari kematian pasangan Adler, sehinggalah kematian isteri Lex Ayrnight dan pasangan Levine.'

Mata Flex membulat membaca nama Ayrnight yang tertulis di atas kertas itu. Kenapa tiba-tiba ibunya kena mention di situ? Dia sambung membaca ayat seterusnya.

'Pasangan Adler meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah lori. Pihak polis menyatakan bahawa kematian pasangan Adler ialah kecelakaan biasa. Kebenaran yang sebenar masih belum diketahui ramai. Sebenarnya, kemalangan yang menimpa pasangan Adler telah dirancang.

Malam itu, pasangan Adler melarikan diri kerana mereka ingin mencari tempat yang lebih selamat. Mereka dikejar. Kenapa? Sebab mereka telah mencuri benda yang paling penting kepada Cobra. Dalam masa yang sama, benda itu sangat berbahaya. Apa yang dicuri? Racun.

Bukan racun biasa. Itu ialah racun yang dikembangkan secara tersembunyi oleh Brian Levine, iaitu adik Brent Levine sendiri. Tujuan utamanya adalah untuk membunuh mangsa secara perlahan, agar mangsa terseksa. Kenapa Aaron Adler curi benda berbahaya itu daripadanya? Agar tidak akan ada lagi nyawa terkorban disebabkan racun tu.

Penilitian Brian Levine telah menciptakan bencana. Racun tu bahaya. Racun tu boleh membunuh manusia malah hidupan yang tidak bersalah. Tapi sebab utama kenapa Aaron Adler mencuri racun itu adalah untuk menolong kawan mereka. Ya, orang yang dimaksudkan ialah pasangan Ayrnight.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now