𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 55

1.3K 56 0
                                    

Mereka tiba di mansion itu agak lewat. Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Keadaan kelihatan sedikit gelap kerana sudah hampir malam.

Fley dan Elice turun dari kereta Ferrari itu. Otak risau memikirkan tentang suaminya. Agaknya Flex masih marah kat aku ke tak ah? Tapi bukan salah aku pun kan? Jadi salah siapa? Nafas berat dihembus.

"Lice, you tak nak masuk?" tanya Fley yang melihat Elice masih kaku berdiri.

"Dah nak masuk lah ni. Bagi I masa kejap..." balas Elice mendatar.

"You takyah risau sangatlah. Abang aku tu takda rekod lagi pernah makan orang." kata Fley cuba menenangkan Elice. Gadis itu masih diam berdiri.

Elice menghela nafas berat. Baru sahaja dia ingin membuka langkah, pintu mansion itu tiba-tiba dibuka oleh seseorang. Pantas matanya membulat melihat orang yang berada di hadapannya. Flex.

Dia masih marah aku ke? Muka dia serius sangat. Macamana ni? Apa aku nak buat? Camna nak pujuk dia ah? Elice mengalihkan pandangannya ke arah bertentangan.

"Sorry, Flex. Saya-- Eh?"

Dirinya terus dipeluk oleh Flex tanpa diberitahu. Macam yang suaminya selalu buat. Mata Elice semakin membulat dibuatnya, terkejut dengan tingkah laku lelaki itu.

"Flex??" soalnya hairan. Dia dah tak marah aku?

"Elice... Thank you. I'm so happy... God, how should I say this? Thank you, my dear. I love you so much. Thanks God." kata Flex dengan perasaan yang bercampur. Sungguh dia berasa syukur dan gembira.

Flex tidak berhenti berterima kasih. Perlahan-lahan bibir Elice mengukir senyuman kecil, sebelum dia turut berterima kasih kepada suaminya.

"Axce told me everything. You okay, dear? How's your body? Kandungan you macamana?" kata Flex lagi. Nadanya kedengaran risau.

"I'm fine" jawab Elice sepatah.

"Really? Awak pasti awak okay? You tak rasa loya kan?" soal Flex.

"I okay setakat ni. Don't worry, you smells good." balas Elice.

"Terus bagi tahu I kalau you rasa tak sedap badan. You understand?" kata Flex lembut, tetapi mempunyai ketegasan dalam setiap perkataannya.

"Ya, saya faham." balas Elice. Flex menghela nafas lega.

"Erm Flex... You tak marah I?" tanya Elice perlahan.

"Angry? For what?" balas Flex hairan.

"Sebab I berkeras nak jumpa ayah you, walaupun you tak benarkan. So... You masih marah I?" tanya Elice sekali lagi. Dia inginkan kepastian.

"Mungkin saya ada marah sikit, tapi saya tak salahkan awak langsung. Lagipun salah saya juga." jawab Flex.

"Betul? You dah maafkan I?" kata Elice lagi.

"Ya Allah... Kalau you risau sangat I marah, kenapa you masih nak pergi?" kata Flex lembut. Tangannya pantas memeluk tubuh gadis itu.

"Masa tu I rasa marah sebab you berahsia dengan I. Lagipun, kita dah setuju untuk tak simpan rahsia antara satu sama lain." jujur Elice.

"Pasal tu, lepasni I akan ceritakan semuanya pada you. Tapi I risau pasal anak kita nanti. Macamana kalau you terkejut?" kata Flex risau.

Elice terdiam seketika. Mendengarkan perkataan 'anak' keluar dari mulut suaminya terasa lain. Rasa yang tak pernah dia rasa sebelum ni. Just like a dream... I'm going to be a mother.

"Emosi you mungkin tak stabil. I risau benda tu akan menjejaskan kandungan dalam perut you." sambungnya.

"Saya akan cuba kawal. It's okay, you can tell." jawab Elice.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now