𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 06

2.1K 103 2
                                    

Lusa telah pun tiba. Kini tiba hari dimana Flex dan Elice akan berkahwin.

Elice sedang berada di bilik persiapan pengantin perempuan ditemani dengan beberapa pembantu. Flex berada di bilik sebelah sedang bersiap.

"I tak percaya hari ni dah tiba. Kawan I dah nak kahwin." kata Freya. Segala persiapan telah selesai dilakukan.

"I pun tak percaya. Tapi dah Allah tentukan jodoh kan? Terima je lah." balas Elice. Jodoh berkontrak.

"You yakin taknak bagi tahu Presiden tentang kontrak you dengan Ayrnight tu?" tanya Freya.

Dia tahu kerana Elice yang memberi tahu kepadanya. Dan sudah tentu dia telah meminta kebenaran Flex agar tidak melanggar syarat kontrak.

"Kalau I bagi tahu, means I dah langgar syarat kontrak." tiada reaksi di mukanya. Tiba-tiba, kedengaran suara ketukan pintu.

"Elice? I masuk ni?" kata Flex.

"Sure." balas Elice. Lalu Freya pergi meninggalkan mereka berdua atas arahan Elice.

Flex terpegun melihat keanggunan Elice yang sedang mengenakan dress putih yang menutupi auratnya. Ini kali pertama Flex melihat Elice memakai tudung. Cantik tak terkata. Selama ni Elice just free hair.

"You nampak kacak. You look good in black." puji Elice.

"Nah you're more beautiful dear." Dah pandai sweet-sweet eh. Elice memandang pantulan wajah Flex di cermin.

"Jadi kontrak kita dah mula lah kan? After this."

"Yes darling. You kena biasakan diri dengan kehidupan kita lepas ni. You akan nampak banyak benda." kata Flex sambil memegang bahu Elice.

"Maksud?" Elice tidak faham.

"You akan tahu bila kita dah mula tinggal satu bumbung. I agak yang you pasti akan banyak soal nanti, but I akan jawab semuanya." kata Flex tenang.

Maklumlah dia sebenarnya tidak mempunyai perasaan kepada Elice. Ya, ini semua hanya sekadar lakonan. Kenapa? Untuk dapat apa yang dia nak. Tapi siapa tahu manusia kan? Kalau dah ada perasaan, mesti suka.

"I rasa banyak benda yang you tak bagi tahu I lagi." balas Elice. Dia masih beriak tenang.

"The party has started." Flex tersenyum sinis.

✧✧✧

Selepas selesai segala ikrar berkaitan, mereka terus menuju ke Hotel Ayrnight. Di sana, terdapat beberapa orang tertentu sahaja yang dijemput.

Paparazzi pun hanya beberapa, sekadar cukup memberitahu dunia yang keluarga Ayrnight dan Adler telah rasmi menjalinkan hubungan perkahwinannya. Berita tergempar.

Kini tibalah masa Flex untuk menyampaikan ucapannya. Lalu dia melangkah naik ke atas pentas menghadap kalayak ramai.

"I'm Flex Ace Ayrnight. First, thank you for coming. We really appreciate it. I stand here proudly to announce that officially, Elice Adler and I are married. Thank you to everyone who helped to complete this marriage ceremony. Again, thank you. And, I am very grateful for having the opportunity to love that girl. I love you, darling." kata Flex sambil memandang ke arah isterinya.

Semua yang berada di hotel itu terus menepuk tangan. Perhatian ditujukan kepada pasangan yang baru berkahwin itu. Pemandangan itu sungguh indah.

"Geli aku tengok. Kau memang pandai berlakon, Ace." kata Fley sambil bermain-main dengan garfu dan gelas di hadapannya.

"Kita kena biasakan diri. So itukah mangsa Flex yang seterusnya? Macam gadis biasa je? Tapi perlu ke sampai kena kahwin?" kata Xavier. Xander pula hanya memerhati.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now