𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 03

3K 123 8
                                    

Sudah beberapa minggu berlalu sejak lelaki bernama Flex itu sentiasa datang berjumpa dengannya. Setiap hari memang muka dia sahaja yang muncul. Benganglah. Sudah berkali-kali Elice cuba untuk mengelak, namun tidak berhasil.

Untuk mengurangkan stress, Elice pergi ke perpustakaan yang selalu didatanginya. Di situ lebih tenang dan selesa kerana persekitaran di sana yang sunyi. Dia ke sana bukan untuk membaca buku tetapi untuk belajar.

Tiba-tiba lelaki bernama Flex itu muncul kembali untuk kali ke entah berapa. Elice sudah pun memberinya amaran untuk tidak terlalu sering datang berjumpanya. Tapi Flex tidak memperdulikan amarannya. Malah dia datang, selepas itu stay lebih lama. Haih.

"Hi dear. You baca apa kali ni?" bisik Flex ke telinga Elice.

"You lagi? Dan siapa 'dear' you?" ujar Elice dengan wajah datar. Asyik-asyik muka dia je.

"Youlah my 'dear'. Dan ya, I datang nak jumpa you," selamba Flex mengatakan.

Tubuh Elice kaku apabila perasan yang Flex berdiri cukup dekat dengannya. Dek berasa tidak selesa, Elice terus berdiri dan melangkah menjauhinya.

"You nak jumpa lagi walaupun dah berkali-kali jumpa? Dan jangan nak dekat-dekat," kata Elice sambil mengerutkan dahi.

"Bukan ke ini yang kawan selalu buat? Jumpa satu sama lain. Dan I tahu batas. You Islam kan? I pun muslim," balas Flex bersahaja.

"You pun muslim? Ayrnight keluarga muslim??" terbuntang mata Elice mendengarkannya.

"Kami peluk agama islam sudah lama. Kenapa terkejut sangat? Kita dah kenal berminggu tapi you baru tahu?" ujar Flex lagi. 

Mulut Elice kini ternganga. Dia masih terkejut yang keluarga billionaire ni sebenarnya sudah pun peluk Islam. Ke dia yang ketinggalan berita sebab tak tahu?

"Tutuplah mulut tu, takut masuk lalat. Tak apa, I faham you terkejut sebab you tak tahu. Ketinggalan berita?" teka jejaka itu.

"Apa-apapun, you ni Ayrnight kan? Kenapa you sentiasa muncul depan I? You tak ada kerja dekat pejabat?" soal Elice, cuba menukar topik.

"You yang selalu datang sini, I ikut jelah. And you pun keluarga jutawan, jadi kenapa Adler ada di sini?" balas Flex. Anak matanya elok menikam mata gadis itu.

"Saya nak belajar dan saya memang selalu datang sini. Daripada you buang masa jumpa I, baik you pergi urus bisnes you tu," kata Elice.

"Baiknya you risau pasal I," tertunas senyuman kecil di bibirnya.

"Jangan risau, orang kanan I boleh diharap. Kecuali setan yang satu tu," kata Flex yang masih tersenyum kecil. 

"I risau you buang masa melepak sana sini. Dan apa? Setan?" soal Elice sebelum dia melabuhkan punggung semula. Dahinya dikerutkan.

"Nanti you tahu juga siapa," balas Flex. Setan yang dimaksudkan ialah Fley si pembawa bencana.

"Apa-apa jelah. Yang penting I tak kisah pasal politik dan you, sila menjauh dari I," kata Elice lalu dia sambung pembelajarannya.

"Jadi macam mana you nak urus syarikat family you suatu hari nanti?" tanya Flex.

"Saya tak bercadang untuk ambil alih apa-apa syarikat keluarga saya," jawab Elice yang sedang belajar.

"Tapi you masih seorang Adler. Takkan tak ada syarikat bahagian you?" soal Flex lagi.

"Ada, tapi I tak pernah urus. I kan tak tahu politik. Elero boleh uruskan," jawab Elice.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now