𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 15

2.1K 94 2
                                    

Seminggu telah berlalu sejak kejadian Wolv menunjukkan diri. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Elice masih lagi sedang berselimut di katil.

Selepas bertemu dengan Wolv beberapa hari lepas, Flex tidak membenarkan Elice keluar dari rumah agam itu tanpa kebenarannya. Jadi apa yang dia lakukan selama tujuh hari ini? Hampir takda kerja. Ingat aku nak sangat jumpa Wolv tu? Dia yang datang jumpa aku tiba-tiba. Aku pula yang kena.

Dia boleh keluar, dengan syarat ditemani beberapa orang pengawal atau dengan Fley. Nak harap Elice ajak Fley keluar? Dah lupa kejadian di library hari tu? Tak pasal-pasal kena tinggal.

Selimut dibuka. Katil dikemaskan lalu Elice bangun dari baringnya sebelum dia melangkah ke bilik air.

✧✧✧

Elice melangkah menuruni satu persatu anak tangga itu. Di ruang tamu, kelihatan Flex, Fley, Xander, Xavier dan Ryuu sedang membuat kerja. Masing-masing beriaksi serius ketika itu. Meeting kut. Anak mata Flex menangkap kelibat Elice sebekum bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Morning darling. How's your sleep?" tegur Flex lembut, macam selalu.

"Mat pagi. Okay." kata Elice sepatah. Takda mood nak bercakap, dia bosan. Dah seminggu tak keluar dan tak buat apa-apa. 

"Kenapa kau murung semacam ni, Lice? Bosan nampak?" ujar Fley kepada Elice.

"Tak." balas Elice sepatah. Malas. Kaki melangkah ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan.

"Kenapa dia tu bro? Period eh?" kata Fley kepada abangnya. Flex tidak membalas malah hanya membiarkan soalan itu tidak terjawab. 

"Dia meluat nampak muka kau." ujar Xavier bersahaja.

"Tak, aku rasa dia meluat nampak muka kaulah. Hodoh sangat sampai aku pun meluat." kata Fley sambil dia menjelirkan lidah. 

"Tak. Mesti dia meluat dengan perangai kau yang macam anjing." kata Xavier lagi. Tidak ingin kalah nampak?

"Oi babi, kau perli aku ni dah ready nak mati?" kata Fley mendatar. Marah pula orang kutuk dia. Kalau dia yang kutuk bukan main.

"Kenapa? Kau nak sangat bunuh aku? Cubalah kalau dapat." kata Xavier kepada Fley.

"Yakin?"

"Yakin."

"Kau ingat aku tak dapat bunuh kau? Sekali aku tembak confirm mati." kata Fley selamba.

"Kalau kau bunuh aku, kembar aku datang bunuh kau balik. Nanti aku tunggu kau kat neraka okay?" balas Xavier juga selamba.

"Nanti Ace--"

"Jangan nak libatkan aku. Aku tak membunuh, dan aku takkan membunuh." kata Flex mendatar kepada adiknya.

"Kau tak peduli kalau aku mati?" soal Fley berkerut dahi. 

"Kau mati, itu masalah kau." balas Flex serius. Fley hanya menjeling. 

"Aku pun tak nak masuk campur. Korang settle sendiri sampai neraka." kata Xander pula. Fley hanya menjelirkan lidah. Menyampah.

Elice yang melangkah keluar dari dapur dengan membawa sekeping roti bakar dan susu itu dipandang oleh mereka. Roti itu disuapkan ke dalam mulutnya sebelum susu di tangannya diteguk.

"Have you eat your breakfast dear? Where are you going?" tanya Flex kepada isterinya. Langkah Elice terhenti sebelum kepalanya ditolehkan ke arah wajah suaminya.

"Macam yang you sedang nampak, I'm having my breakfast." Elice berhenti seketika. "Dan saya pergi mana? Nak pergi laman belakang." balas Elice masih malas. Lebih kepada bosan sebenarnya.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now