𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 09

1.9K 94 5
                                    

Flex masih menjawab pertanyaan daripada Elice. Semua pernyataan dijawab jujur.

"Kalau you tak membunuh, jadi apa tugas you?" tanya Elice. Flex hanya tersenyum sebelum menjawab.

"I bagi arahan?" katanya.

"Serius ah?"

"Betul. I bagi arahan. Kerja kotor semua diorang boleh uruskan. I dah kata I tak membunuh. Lagipun, memberi arahan tu pun tugas penting tau. I bagi arahan siapa yang patut kena bunuh. Kalau tak nanti Axce tu main bunuh je karang." kata Flex jujur.

"Seram juga korang ni." kata Elice sambil bermasam muka. Dah macam Tuhan nak tentukan siapa yang hidup, siapa yang mati.

"Tapi kenapa you panggil Fley tu Axce? Even Florin pun panggil you Ace?" tanya Elice lagi.

"Itu lebih kepada nama yang kami gunakan di mafia. Lagipun dah terbiasa jadi kitorang teruskan guna nama-nama tu. Fley jadi Axce, Florin jadi Ayris."

"Dan kau Ace." Elice menatap wajah lelaki itu. Seram sejuk dengan nama itu. 

"Yes, dear." balas Flex. Elice mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak boleh main-main dengan mafia ni. Silap-silap dia ni pun lanun eh.

"Tapi jangan risau. I takkan cederakan you... Selagi you ikut arahan I." kata Flex. Senyuman diukir di bibir.

"Jadi? Apa sebab sebenar you nak kahwin dengan I?" kata Elice sebelum dia menjauhkan diri sedikit dari Flex. Takut juga sebenarnya. 

"Sebab itu salah satu syarat untuk jadi Ketua mafia." jawab Flex.

"Beberapa minggu dari sekarang, Presiden Ayrnight akan turunkan pangkat Ketua mafia kepada I. Dia sendiri yang nak turunkan pangkat, lagipun dia dah tua. Sebenarnya dah lama dia nak turunkan pangkat, tapi I tak ada isteri." jelas Flex.

"Hah? Jadi sebab itulah you nak kahwin. I dah agak, you tak pernah ada perasaan dekat I." ujar Elice mendatar.

"Perasaan saya pada awak memang ada. Jadi kira okaylah saya pilih awak. Kenapa? Dah rasa menyesal? Nak batalkan kontrak?" kata Flex sambil menatap wajah gadis itu.

"Tak. I dah tandatangan. Nanti tak sudah-sudah jadi bahan cerita wartawan kalau batalkan kontrak sekarang." balas Elice.

Betul juga. Berita yang diorang kahwin tu pun dah tersebar ke seluruh negara. Tak sampai sehari dah jadi bahan bualan orang ramai. Inikan pula berita sebaliknya? 

Elice terdiam seketika. Dia berfikir, sekiranya dia terus bersama lelaki ini nyawanya akan terancam. Sama seperti kejadian tadi. Kalau macam itu, dapatkah dia teruskan hidup? Hidup sambil diburu? 

"Jadi selepas ini, I agak mesti banyak yang akan datang untuk buru I kan? Macam kejadian harini." tanya Elice perlahan. 

"I takkan nafikan hal tu. Tapi simpan di minda you yang I akan sentiasa lindungi you. Sebab itulah I harap you dapat biasakan diri. Bukan akan diburu, memang akan. Terutama selepas I jadi Ketua." kata Flex bersahaja. Dah biasa.

"Kalau dampai ajal, apa boleh buat? Kalau Allah dah panggil naik jelah." balas Elice dengan wajah datar. Dia sebenarnya risau juga.

"Dah sedia nak mati ke ni? Pahala dah cukup?" gurau Flex.

"Sebab itulah saya tak nak mati lagi." kata Elice mendatar. Flex hanya tersenyum kecil.

"Don't worry, darling. You're safe with me." kata Flex. Kakinya mengorak langkah ke meja itu.

✧✧✧

Tiga minggu telah berlalu sejak kejadian Elice yang ditembak di bahu. Bahunya sudah terlihat agak sembuh. Rasa sakit sudah sedikit berkurang.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now