𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 25

1.6K 82 2
                                    

Tawa Flex dilepaskan kuat setelah dia cuba menahan gelaknya. She so adorable. Kata Flex dalam hati.

Elice hanya memandang suaminya. Masih tidak bereaksi. Keningnya dikerutkan. Dia menganggap perkara ini serius tetapi Flex sepertinya tidak mempedulikan.

"I will never do that, Elice. Kenapa awak fikir macam tu?" kata Flex akhirnya selepas berhenti ketawa.

"Kenapa? You tak marah ke kalau ada benda yang you tak tahu?" soalnya lagi.

"Elice, listen here. Saya pun masih ada rahsia yang saya tak bagi tahu dekat awak lagi. Saya bukan sengaja nak rahsiakan. Bila dah sampai masa, saya janji akan bagi tahu awak. Kalau awak pun ada rahsia yang awak tak nak saya tahu, it's okay. Tapi saya harap kita boleh terbuka antara satu sama lain. Because I care about you." kata Flex lembut sambil memandang wajah isterinya.

Elice turut memandang wajah Flex. What's this... Kenapa hati aku rasa lain? Sebab aku tak bagi tahu dekat dia lagi pasal... Tak, dia tak boleh tahu. Takda siapa boleh tahu. Tapi author tahu hmm.

"Kalau... Kalaulah rahsia saya ni ada kaitan dengan awak camna? Apa reaksi awak?" soal Elice lagi. Sungguh hatinya rasa tidak senang terpaksa berahsia.

"Ada kaitan dengan i? Rahsia pasal apa?" kata Flex dengan wajah blur.

"Nothing. I masih tak boleh bagi tahu you." kata Elice sambil memalingkan wajahnya ke arah bertentangan.

Flex berdiri lalu membuka langkah ke arah isterinya. Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Elice. Dia terkejut dengan kelakuan suaminya.

Wajah Elice tiba-tiba dihadapkan ke wajah suaminya akibat tangan Flex yang memegang dagu Elice. Senyuman diukir di bibir. Wajahnya didekatkan mendekati isterinya.

"Tapi I dah curious pasal rahsia you." kata Flex dengan wajah tenang manakala Elice sudah pun mengerutkan keningnya.

"You know yang i boleh cari tahu segalanya, bukan? You want me to search for your secret?" sambungnya.

"No." balas Elice sepatah.

"So promise me one thing."

"Apa?"

"Tell me everything about it when you're ready, darling."

"I..."

Kata-kata Flex sebentar tadi membuatkan Elice sungguh speechless. Macamana dia nak bagi tahu suaminya bahawa dia...

Flex pula masih memandang wajah isterinya. Elice pula tidak berkata apa-apa. Terdapat banyak persoalan di otaknya.

"You promise?" kata Flex lembut. Wajah Flex masih dipandang sunyi. Mata berkelip tetapi mulut tidak mengeluarkan sebarang kata.

"Saya..."

Tidak sempat Elice menyambung kata-katanya, tiba-tiba kedengaran bunyi air hujan jatuh. Uh... It's raining... Kata Elice dalam hati.

Lama kelamaan hujan turun dengan lebatnya membuatkan Elice sedikit menggigil. Dia memeluk tubuh cuba untuk menahan dirinya daripada terus menggigil. Walaupun dia tahu usahanya sia-sia cuba menghentikan trauma nya.

Reaksi Flex serta merta berubah. Kaki melangkah menuju ke hujung bilik. Suis ditekan, lalu segala cermin yang terdapat dalam bilik itu ditutup. Kini setitik hujan tidak akan dilihat dan hanya bunyi hujan akan kedengaran.

Dia terus melangkah ke arah isterinya yang sedang menggigil. Dia kembali mengambil tempat di sebelah Elice. Tangannya elok memegang bahu gadis itu lalu Elice dipeluk lembut.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now