𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 13

1.8K 85 0
                                    

"Good. Enjoy the party," kata Flex lalu dengan pantas lengan Elice ditariknya sehingga kemeja VVIP. Elice yang masih agak bingung dengan tindakan suaminya hanya akur.

"Apa jadi, bro? Jadi gentleman nampak?" ehek Fley.

" 'I will not hurt my wife! Respect her, if not you'll die!' Uish !" ujar Fley yang mengajuk kata-kata abangnya sebentar tadi. Jelingan maut diberikan oleh Flex.

Flex dan Elice mengambil tempat duduk. Elice masih memikirkan tentang kejadian tadi. Apa jadi tadi? Kenapa Flex tak kelar tangan aku? Eh bukan sepatutnya aku bersyukur ke? Tapi eh? Gadis itu masih bermonolog sendiri.

"Kenapa kau tak buat?" tanya Xavier.

"Dia bukannya nak sangat jadi mafia. Dan ini hanya kontrak," jawab Flex tanpa reaksi.

"Kau yakin bukan sebab perasaan kau?" kata Xander pula. Flex hanya mendiamkan diri.

"Aku yakin yang abang aku dah jatuh cinta," kata Fley yang masih dengan mood berguraunya.

"Iya? Mana kau tau?" tanya Xavier pula. Sebelah keningnya terangkat. Cepat betul manusia yang satu ni percaya.

"Kau sendiri nampak juga kan? Xander tanya, tapi dia tak jawab. Diam bermaksud 'ya'. Kalau bodoh pun, janganlah buat ketara. Aku yang malu." kata Fley lagi.

"Kaulah bodoh sial. Tapi kan Ace cakap sebab kontrak?" balas Xavier masih bingung. Seriuslah kau percaya cakap pelakon Hollywood tu?

"Berani kau kutuk aku eh? Sini kau!" Fley menarik kepala Xavier lalu dia mengusap rambut lelaki itu secara kasar.

"Oi! Rosaklah rambut aku babi!" kata Xavier mendatar.

"Lebih baik korang berdua diam, sebelum aku hantar korang ke neraka malam ni juga." kata Flex yang sudah bengang.

"Eleh. Nak hantar sampai neraka, hantar balik rumah pun tak nak," perli Fley bersahaja.

"Ryuu," panggil Flex.

Ryuu yang mendengarkan namanya dipanggil terus mengeluarkan pistol, lalu dihalakan tepat ke wajah Fley.

"Woi apa ni?! Kau nak bunuh aku?!" kata Fley sambil mengangkat pinggan dan cuba berselindung di belakang pinggan itu. Bodoh dia tu dah sampai bulan.

"Simpan pistol kau anjing! Kau betul-betul nak bunuh aku ke babi?!" ujar Fley lagi. Pemicu pistol ditarik oleh Ryuu. Anak matanya memandang jejaka itu tanpa belas kasihan.

"Woi! aku gurau jelah! Ace, aku gurau!" kata Fley sambil memandang abangnya.

Flex memberi isyarat tangan kepada Ryuu untuk menyimpan pistolnya. Ryuu hanya patuh. Fley terus meletakkan kembali pinggan itu di atas meja. Fuh. Nasib tak mati lagi.

"Nak ketawa aku nampak kau cover guna pinggan. Seriously? Nak cover peluru pakai pinggan? Ketara sangat nampak bodoh." kata Xavier kepada Fley.

"Bullshit. Shut up bitch." balas Fley malas.

Elice yang memerhati perangai kebudak-budakan dua jejaka itu hanya tersenyum nipis. Mata dialihkan pandangan memandang ke arah suaminya. Flex juga turut memandang isterinya.

"Hm?" tanya Flex, seperti mengetahui bahawa isterinya ingin bertanya sesuatu.

"I nak tanya sikit. Kenapa you tak kelar je tangan I tadi? Kenapa you teragak-agak?" kata Elice. Takut juga nak tanya sebenarnya.

"I tak nak you dapat parut hanya disebabkan hal ni. Lagipun 5 bulan dari sekarang kontrak kita akan tamat, kalau you takda perasaan dekat I." sambungnya.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now