𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 33

1.4K 72 1
                                    

Elice terimbas kembali kenangan bersama keluarganya. Dia teringat yang ibunya ada menyebut sesuatu tentang Ayrnight dan Cobra. Malangnya dia tidak mengingati hal selanjutnya.

Tapi yang dia pasti, mereka memang ada mention pasal keluarga Flex. Pelik. Apa hubungan diorang? Kalau hubungan dari segi hal mafia, 'The Three Snake Mafia' memang bukan kawan lah.

Walaupun ketiganya merupakan golongan kumpulan mafia yang digeruni, mereka sama sekali bukan kawan. So why mention about Ayrnight, keluarga yang memimpin Vipers? Otak dipenuhi seribu satu soalan selepas dia teringat kembali akan hal itu.

"Black Mamba... Cobra... Vipers... Ayrnight... Mafia? Apa kaitannya?" soalnya sendiri.

"Elice?" tegur satu suara garau. Pantas Elice berpusing mendengarkan suara garau itu.

"Abang rupanya." nafas dihembus lega. Ingatkan siapa je. Tapi mana ada siapa-siapa lagi kat rumah tu.

"You okay? You nampak macam terkejut." kata Elero sambil melangkah mendekati adiknya.

"Takda lah. Saya cuma teringat kenangan masa kecil dulu." balas Elice. Gambar itu diletakkan semula ke atas meja.

"Bagi tahu I kalau you tak sihat. Dari tadi pakai hoodie, eh bukan dari tadi. Sejak kitorang jumpa you dah pakai hoodie. You betul tak sakit?" tanya Elero kepada adiknya.

"Mestilah okay ahaha.. Ha.." balas Elice bersahaja. Aku rasa nak menyumpah seseorang lah haih.

"Brother, I nak tanya you something. Tapi you kena jawab jujur." kata Elice mendatar.

"What is that?" balas Elero ingin tahu.

"Apa hubungan Adler dengan Ayrnight? Bukan antara I dengan Flex, tapi papa dan mama." soal Elice serius.

"Ah that's... Kenapa you tiba-tiba nak tahu?" kata Elero dengan senyuman.

"Sebab I ada teringat dulu yang papa mama pernah cakap pasal Ayrnight, tapi I tak ingat selebihnya. You tahu sesuatu? Tentang apa hubungan diorang? Snake Mafia kan bukan kawan?" kata Elice tanpa ragu. Elero memandang adiknya tanpa kata.

"Maaf Elice. Abang tak tahu apa-apa. Papa tak pernah bagi tahu abang apa-apa, walaupun papa sentiasa latih abang dalam segala hal berkaitan mafia." jawab Elero.

"Macam tu rupanya. Jadi abang pun tak tahu lah? It's okay. Now shall we go jumpa family mama?" Kata Elice.

"Let's go." balasnya. Elice kemudiannya melangkah keluar dari situ, meninggalkan Elero sendirian.

Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hanya diam dan serius. I'm sorry Elice but, belum tiba masanya untuk kamu tahu pasal hal tu. Sebabnya, abang tak rasa yang kamu dapat terima. Elero bermonolog sendiri.

✧✧✧

Mereka tiba di Mansion milik keluarga sebelah ibunya. Sewaktu ketibaan mereka, kelihatan seorang wanita berusia berdiri di hadapan pintu rumah itu.

Wajah itu cukup dikenali mereka. Wanita berusia itu ialah nenek mereka, ataupun ibu kepada ibu mereka. Wanita berusia itu memandang mereka dengan senyuman lembut.

"Assalamualaikum, Mak Jah. Kami dah sampai." sapa Elero lalu tangganya dihulurkan untuk bersalaman dengan wanita berusia itu.

Nama wanita berusia itu ialah Elijah, disingkatkan menjadi Mak Jah. Ya, jangan mention. Author memang suka nama pelik-pelik.

"Walaikumsalam. Kamu Elero, bukan? Kamu dah semakin meninggi." balas Mak Jah lembut. Huluran tangan Elero disambut. Elero tersenyum kecil.

"Er... Assalamualaikum Mak Jah. Mak Jah sihat?" sapa Elice sopan. Dia awkward sikit sebab dah lama tak jumpa dengan neneknya. Tangannya turut dihulurkan.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now