𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 20

1.9K 89 1
                                    

Di private mansion Wolv...

"Wehh seronok gila aku lawan Axce tadi. Rasa macam nak siat-siat je dia haha." kata Vinter dengan senyuman. Entah apa yang lucu.

"Jadi kenapa kau tak bunuh je dia?" soal Vodka.

"Kau bodoh? Bosanlah nanti. Setakat ni dia je yang buat aku rasa seronok berlawan." tiba-tiba reaksinya di wajahnya berubah serius.

"Tu Wolv boleh lawan kau. Killen pun boleh kalau kau nak." kata Vodka.

"Kau nak aku bunuh diorang? Otak kau dah tak berfungsi ke apa?" balas Vinter mendatar. Kali ini reaksinya serius.

"Sorry, aku lupa yang... Vodka memang takda otak. Takpa aku faham hehe." sekarang dia tersenyum.

"Aku rasa nak tembak someonelah." Vodka hanya menahan rasa marah. Nak je dia hantar makhluk bernama Vinter ni naik atas.

"Rio ada kat bilik komputer, pergilah tembak dia. Kalau kau risau dia akan bunuh kau, takpa. Rio tak pandai berlawan." kata Vinter dengan senyumannya.

"Kau--"

"Aku gurau jelah. Apa? Kau nak tembak aku? Kalau macam tu aku takkan teragak-agak untuk tembak kau juga." reaksinya menjadi serius semula.

Apa masalah setan ni ah? Cepat betul mood dia berubah. Period ke?

"Gurau ! Hahaha !" kini Vinter tertawa. Tak fahamlah aku dengan kau.

Killen yang baru turun itu melangkah ke dapur. Seperti biasa, serius sepanjang masa.

"Killen ! Kau nak pergi mana?" kata Vinter kepada Killen. Apasal gaya manusia yang satu ni sebiji macam Fley ah? Macam lagi teruk dari Fley.

"Dapur." jawab Killen sepatah.

"Sinilah kejap, kita lepak sama. Aku ada cerita nak gitau kau ni." kata Vinter lagi.

Killen yang langsung tidak memperdulikan kata-kata Vinter itu malah terus berjalan, sehinggalah satu das tembakan dilepaskan dan peluru itu betul-betul terlintas di hadapan Killen membuatkan langkahnya terhenti. 

Nafas berat dihembus. Haih. Mata dengan malas menoleh ke arah Vinter. Tidak ada reaksi.

"Akhirnya kau pandang pun aku." kata Vinter serius. Pistolnya kemudiannya disimpan semula.

"Kau nak cerita pasal apa?" soal Killen mendatar. Siapa tak marah kalau tiba-tiba kena tembak macam tu.

"Takkan aku nak cerita dalam keadaan macam ni? Kau pergilah buat kerja kau dulu, lepasni aku cerita." kata Vinter dengan senyuman lebarnya.

Killen hanya mengerutkan dahinya sebelum dia meneruskan langkah ke dapur. Dasar manusia psycho. Buang masa je bercakap dengan dia.

"Daripada kau kacau Killen, kenapa kau tak kacau Wolv terus?" kata Vodka kepada Vinter.

"Wolv tu tak boleh bawa main selalu." balas Vinter sepatah.

Wolv menoleh ke arah Vinter apabila mendengarkan namanya disebut. Senyuman penuh makna diukir di bibirnya.

"Dah kenapa tak boleh bawa aku main? Aku on je." tanya Wolv walaupun dia sudah tahu jawapan soalan itu.

"Aku pun nak tahu kenapa." ujar Vodka pula.

"Kau memang dah takda otak ke apa, Vodka? Dan Wolv, asal tanya soalan bonus eh?" kata Vinter sambil mengerutkan dahi.

"Maksud kau?"

"Agak-agaklah kalau nak bawa Wolv tu 'main'. Silap-silap aku yang hilang nyawa dulu daripada Vipers tu." kata Vinter.

"Oh ya tak ya juga kan?" Vodka menggangguk faham. Nak main dengan Wolv? Nyawa dipertaruhkan.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن