𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 45

1.4K 63 0
                                    

Dua orang tu kalau dah gaduh, memang takkan habis. Sampai mampus pun takkan tamat punya. Haih. Nafas berat dihela.

"Flex, you pasti dengan keputusan you ni? You pasti nak bawa I dengan korang balik Amerika?" soal Elice untuk mendapatkan kepastian.

Sejujurnya dirinya masih mengingati peristiwa lalu. Flex hanya tersenyum tenang sebelum menjawab pertanyaan itu.

"Of course, my dear. Kalau you tak berada dekat dengan I--"

"Kalau kau tak dekat dengan abang aku, memang sah Ace tu gi mampus. Sekarang kau dah faham, wahai kakak ipar? Jadi jangan berkeras, dan ikut je kitorang." celah Fley selamba. Tapi betul juga apa dia cakap tu.

"Kenapa Flex gi mampus kalau takda I?" soal Elice hairan. Mata Fley terus membulat mendengarkan soalan itu.

"Lice, asal tanya soalan bonus eh?" kata Fley terkejut.

"Kau tak fikir? Otak kau dah senget ke apa?" katanya lagi.

"Woi dia tu lagi pintar dari kau lah. Patutnya otak kau tu yang dah miring." kata Xavier kepada Fley.

"Aku tahu Lice ni pandai, tapi aku terkejut bila dia tanya soalan stupid." balas Fley mendatar.

"Pergaduhan korang tak menjawab soalan I." celah Elice. Reaksinya serius. Fley dan Xavier hanya memandang Elice hairan. Author pun hairan sama.

"Probably because love can kill you." kata Ryuu yang sedari tadi hanya diam.

Mata dan tangannya masih sibuk membuat kerja. Keadaan sunyi seketika selepas Ryuu bersuara.

"Okaylah, aku nak naik atas jap. Nak pack barang. Blah dulu." kata Fley lalu kakinya melangkah pergi.

"Erm aku pun nak kemas barang." kata Xavier pula. Kakinya turut melangkah pergi dari situ.

Xander turut berdiri lalu beredar dari situ tanpa kata. Elice? Gadis itu turut pergi dari situ. Kini hanya Ryuu sendirian di ruang tamu.

Hmm much better. They're too noisy. Kata Ryuu sendiri. Senyuman kecil diukir di bibir.

✧✧✧

Darah merah mengalir di atas lantai. Dan kelihatan juga seorang lelaki duduk bersandar di dinding, namun dia tercedera. Kedengaran pula bunyi pintu dibuka.

"Wolv, kau cedera lagi?" kata Rio. Pantas dia melangkah mendekati Wolv yang sedang terluka itu.

Peti pertolongan cemas dibuka. Wolv tidak berkata apa malah hanya berdiam diri. Tidak ada reaksi di wajahnya. Dia tetap membiarkan Rio merawat lukanya.

"Kali ni pasal apa? Kenapa orang tu buat kau macam ni?" kata Rio sambil merawat luka Wolv.

Tangan lelaki itu terluka sehingga dia kehilangan darah yang agak banyak. Kepalanya turut mengalami pendarahan. Syukur dia tidak berada dalam keadaan yang kritikal.

"Takkan kau tak tahu orang tu macamana." kata Wolv yang akhirnya bersuara.

"Aku tahulah yang orang tu dah nyanyuk, tapi kenapa kau terluka teruk sangat ni?" tanya Rio lagi.

"Anjing tu nak aku uruskan 'pasal hal tu' secepat mungkin. Dah nak mati agaknya, sebab tulah dia melebih pukul aku kali ni." kata Wolv perlahan.

"Kalau 'pasal hal tu', kau yakin nak teruskan? Even benda tu kita tak pasti lagi kan?" kata Rio perlahan.

Rasa sakit di tubuhnya membuatkannya tidak ingin bergerak banyak. Rio pula masih sibuk merawat lukanya.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now