𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 64

1K 57 0
                                    

Vinter mengangguk faham, lalu memuncungkan bibirnya dengan bentuk 'o'. Macam budak-budak.

"Jadi? Kenapa you bawa-- Eh silap. Kenapa korang culik I?" soal Elice mendatar.

"Kitorang-- - - sebab-- -"

Hah? Apa dia cakap ni? Aku tak dengar. Tak jelaslah. Jangan cakap ini pun kesan ubat pelik itu? Elice mengerutkan keningnya, masih tidak dapat mendengar kata-kata Vinter dengan jelas.

"Emerald eyes, you dengar tak?" tanya Vinter yang perasan cara Elice memandang mereka seperti orang kebingungan.

Wolv memetik jarinya tepat di hadapan wajah Elice. Dek petikan jari itu, Elice akhirnya tersedar kembali. Raut wajah Elice terlihat lebih normal, bukan seperti tadi. Yang tadi itu muka dia macam orang kebingungan.

"You okay? You rasa lebih baik?" tanya Wolv kepada Elice.

"... Korang cakap apa tadi? I tak dengar. Tak jelas," balas Elice yang masih kebingungan.

"Tak jelas? Aku rasa aku cakap cukup jelas tadi," ujar Vinter.

"I dengar suara you, tapi ia hanya bergetar di telinga I. Tak jelas," kata Elice lagi.

"Hm~? I rasa kesan ubat tidur itulah. You rasa pening kan?" teka Vinter.

"Sangat-sangat," balas Elice sepatah. Bengang.

"You patut rehat. Tapi sebelum itu, tukar baju you. Dekat dalam almari tu ada baju ganti. Lepas you siap tukar baju, turun ke ruang tamu," ujar Wolv dengan nada lembut.

"Untuk apa?" soal Elice hairan.

"Dinner," balas Wolv dengan senyuman.

Elice terus menoleh ke arah jam mewah yang elok tergantung di dinding. Sudah hampir pukul 8 rupanya. Lama juga aku tertidur eh?

"Berapa jam saya pengsan?" soal Elice.

"Lebih kurang 4 jam?" balasnya.

"What the...?" Elice speechless.

"Jangan terkejut sangat. Lepas terhidu ubat pengsan tu memang selalunya orang akan tidur lebih 4 jam," ujar Vinter dengan senyuman.

"Sekarang pergi tukar baju you. Kami tunggu dekat tingkat bawah," kata Wolv pula.

"Jangan lambat tau, Emerald eyes," kata Vinter dengan senyuman.

Wolv dan Vinter kemudiannya melangkah keluar dari bilik itu. Elice hanya melihat mereka keluar tanpa kata. Haa... Sekarang macam mana? Cobra dah tangkap aku. Aku kena fikir cara untuk larikan diri. Baru sahaja dia hendak bangun dari baringnya, Vinter tiba-tiba membuka pintu bilik itu semula.

"Lupa nak cakap. Jangan terfikir nak lari, okay? Sebab itu mustahil," kata Vinter selamba.

"Taklah," balas Elice sepatah. Padahal perkataan lari tu baru terlimpas dalam mindanya.

"Dekat dalam rumah ini mungkin tak banyak penjaga, tapi dekat luar tu banyak tau~" Vinter mengingatkan lagi.

"Jadi kalau you terfikir nak lari, lebih baik jangan. Faham, Emerald eyes? Maksud I... Elice?" sambungnya dengan senyuman.

That's creepy. That smile.

"I tahu." jawab Elice sepatah.

"Sekarang boleh you tutup pintu dan pergi? I nak tukar baju," sambungnya.

"Kalau I masuk pastu tutup pintu amacam?" Vinter mengukir senyuman sinis.

"Pergi mati," kata Elice laju.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now