𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 61

1.1K 63 2
                                    

Pandangan Flex dan Fley terus dialihkan ke arah Elice. Terkejut dengan jawapan gadis itu yang berkata ingin makan pizza sebagai sarapannya. Dia tengah mengidam ke ni?

"Pizza."

"Hah? Kau nak makan pizza pagi-pagi macam ni?" soal Fley terkejut. Elice hanya diam sebelum bibirnya mula mengukir senyuman. Siap pasang muka innocent.

"I rasa macam nak makan pizza."

"Itu, apa orang panggil ah? Meng...dam... Apa?" Fley menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mengidam?" teka Elice.

"Haah, mengidam! Fuh... Mengidam tulah penyakit yang sangat berbahaya bila perempuan dah mengandung. Nak makan itu ini," ujar Fley lagi.

"Benda tu normallah," jawab Elice.

"Benda tu normal, tapi apa yang korang minta tu abnormal. Kadang boleh melawan hukum alam. Sampai ke bulan pun ada," kata jejaka itu lagi.

"You ni ada-ada jelah. Kalau pizza tak boleh, I nak makan Nasi Lemak pula," kata Elice selamba.

See??

"Nasi Lemak??? Kau ingat kita ada dekat mana sekarang ni? Boleh-boleh minta Nasi Lemak pula?" mata Fley terus membuntang dibuatnya.

"Dah tu? Korang tak nak belikan I pizza, I mintalah benda lain," balas Elice lagi.

"I tak percayakan you, Licce," kata Fley mendatar.

"Woi Ace, kau tengok bini kau ni. Sila urus," ujar Fley sambil jari telunjuknya ditunjuk ke arah Elice.

Flex hanya memandang adiknya tanpa kata sebelum dia terus menoleh ke arah Elice. Perlahan-lahan senyuman kecil mekar di wajahnya.

"You nak makan pizza?" tanya Flex lembut.

Rela lagi aku biar dia makan pizza daripada Nasi Lemak tu. Dekat sini mana pula nak cari makanan Melayu? Nak harap syaitan ini pergi cari, takut bukan makanan yang dibawanya. Flex bermonolog sendiri.

"Nak, nak," pantas Elice mengangguk gembira. Senyuman lebar ditayangkan.

"Saya pesan--"

Tiba-tiba telefon Flex berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama si pemanggil diteliti lama, sebelum jarinya menekan ikon hijau itu. Telefon diletakkan ke sebelah telinga.

"Xander? Kenapa--" tanya Flex sebelum Xander terus mencelah.

"Ace, kau kat mana sekarang??" soal Xander agak tergesa-gesa.

"Mansion aku. Kenapa?" keningnya sudah berkerut.

"Pelabur dari Jerman tu dah ada dekat sini. Dekat pejabat ni," ujar Xander mendatar.

"Hah? Kenapa diorang tiba-tiba datang pula?" soal Flex juga mendatar.

"Kenapa diorang datang hari ini? Bukan minggu depan?" soalnya lagi.

"Ya, sepatutnya memang minggu depan. Tapi diorang cakap dah bagi makluman awal dekat pekerja atasan Fleacè," jawab Xander.

"Oh ! Aku baru teringat ! Minggu lepas aku ada dapat e-mel dari pihak pelabur tu. Dia cakap nak tukar tarikh meeting sebab ada urusan peribadi minggu depan. Sebab itu dia cakap nak datang minggu ni," jelas Fley bersahaja. Dia ni memang sebongok ini eh?

"What the fuck, Axce Ayrnight???" nada Flex sudah naik satu oktaf. Sungguh dia tidak mempercayai kelakuan adiknya.

"Kenapa kau tak bagi tahu kitorang, hah sial??" ujar Flex dengan nafas yang sudah turun naik.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now