𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 70

1.2K 56 0
                                    

“It might be stormy now, but it can’t rain forever.” - Flex Ace Ayrnight

✧✧✧

Keadaan diam seketika. Masing-masing saling memikirkan kemungkinan yang mungkin terjadi kepada Elice. Sebab sekarang ini, Cobra sudah pun menculik gadis tu.

"Oh ya, abang ipar. Aku nak tanya sesuatu boleh?" kata Fley yang memecahkan suasana sunyi sepi.

"Benda apa itu?" balas Elero.

"Pasal Licce. Dia tu--"

"Jangan tanya benda pelik, kau faham?" celah Flex mendatar. Takut si Fley ini soal benda lain pula.

"Ish, aku tahulah. Kau ni risau nak pergi mampus," perli Fley. Flex hanya menatapnya tajam.

"Licce... Dia ada parut dekat belakang bahu kiri dia kan? Aku nak tahu kenapa Licce ada parut itu. Itu je kut," soal Fley kepada Elero.

"Oh pasal parut tu rupanya. Elice tak ada bagi tahu korang sebabnya?" balas Elero.

"Elice sendiri tak pasti macam mana dia boleh dapat parut tu," kata Xavier pula.

"Mestilah wajar kalau dia tak tahu. Sebab dia tak sedar waktu tu," kata Elero perlahan.

"Tak sedar? Maksud kau?" tanya Flex pula. Sebenarnya dia pun nak tahu kenapa.

"Erm saya tak tahu macam mana nak cerita...," Elero menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Freya yang melihat kelakuan Elero itu akhirnya menawarkan dirinya untuk menceritakan pasal peristiwa yang terjadi kepada Elice.

"Biar saya yang jelaskan. Elice dapat parut tu selepas kematian pasangan Adler. Masa itu trauma dia muncul. Elice hilang kawalan, lalu dia cederakan dirinya sendiri. Parut itu dia sendiri yang buat tanpa dia sedari," jelas Freya.

"Sebab itulah kalau dia trauma, lebih baik ada orang di sampingnya. Takut kalau dia lost control, tiba-tiba dia cederakan diri sendiri," ujar Elero yang menyambung kata-kata Freya.

"Elice memang akan cederakan diri dia bila trauma dia datang?" tanya Xander pula.

"Tak kalau hanya sekejap. Kalau hujan itu lama sangat, besar kemungkinan dia akan hilang kesedaran dari segi mental dan fizikal," jawab Freya.

"Hm susah juga kalau ada trauma ni kan?" kata Fley.

"Mestilah susah. Kau ingat senang nak kawal?" kata Xavier kepada Fley.

"Kau ada trauma juga eh?" soal Fley menyampah.

"Aku mana ada trauma," balas Xavier.

"Ya, kau tak ada trauma. Meh sini aku buatkan trauma untuk kau. Trauma supaya kau tak berani nak menjawab aku. Aku bagi diskaun 100%," pelawa Fley bersahaja. Pistol di poket belakang seluarnya sedia dikeluarkan.

"Janganlah, bro. Aku gurau je," kata Xavier bersahaja.

"Tahu pun takut."

Fley melepaskan kembali pistolnya. Xavier hanya mengumpat dalam hati. Macamlah aku takut sangat dengan kau.

"By the way Ace, kau fikir Wolv Levine dah serahkan Elice dekat Brian Levine itu?" tanya Elero kepada Flex.

"Itu pun kitorang tak pasti lagi. Setakat ni, Ryuu masih sedang cuba cari lokasi Elice. Agak memakan masa memandangkan alat pengesan itu berada jauh," balas Flex kepada pertanyaan Elero.

"... Mungkin, Brian Levine dah mula bertindak kalau kita tak mula bergerak. Malangnya, Freya dan saya mungkin tak dapat ikut serta dalam misi ni," kata Elero.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now