𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 53

1.3K 69 1
                                    

Elice turut berdiri mengikuti Fley dari belakang. Mereka berada di depan tangga menuju ke bilik bawah tanah. Wajah Fley discan oleh camera khas.

Unlocked.

Sir Axce Ayrnight is identified.

"Rumah korang ni dah macam kedai barang masa hadapan. Canggih sangat," kata Elice sepatah.

Sekaya mana keluarga dia pun, tak pernah lagi dia nampak rumah secanggih ini. Setiap bilik ada lock yang main scan punya. Scan muka, cap jari apa semua tulah.

Lepas itu, setiap sudut di ruangan rumah itu ada camera. Even dalam peti sejuk pun ada camera. Fley hanya tersenyum bangga mendengarkan pujian Elice.

Ayrnight is a billionaire family, remember?

Mereka berdua meneruskan langkah. Kaki melangkah menuju ke tingkat bawah.

✧✧✧

Mereka kini tiba di bilik bawah tanah. Kebiasaannya, bilik di bawah digunakan untuk simpan peralatan bahaya.

"Florin buat apa kat tempat macam ni?" soal Elice. Mata sibuk memerhati sekeliling.

"Training." jawab Fley selamba.

Bilik bawah tanah juga digunakan sebagai tempat latihan peribadi untuk persediaan misi. Ruang bawah tanah itu telah digunakan oleh keluarga Ayrnight turun temurun.

Akhirnya mereka tiba di hadapan pintu bilik latihan. Tapi kali ini, takda dah scan mengscan apa semua tu. Cumanya kamera masih ada di sekeliling. Tombol pintu dicapai lalu diputar. Pintu terbuka.

BANG! BANG! BANG!

Kedengaran bunyi beberapa das tembakan dilepaskan sebaik selepas mereka melangkah memasuki bilik itu. Pintu kembali ditutup.

BANG! BANG! BANG!

Bunyi itu mengejutkan Elice. Perlahan-lahan mata memandang ke arah si penembak. Ternyata Florin sedang berlatih menembak.

"Pistol? Tapi kenapa kat luar takda bunyi tembakan?" tanya Elice kepada Fley.

"Seluruh tempat ni direka khas supaya yang di atas takkan terganggu. Jadi bunyi tembakan, bom apa semua tu takkan kedengaran." jelas Fley.

"Ohh." Elice hanya mengangguk faham.

"Meh aku panggil budak tu kejap. Weh Ayris! Ayris!" jerit Fley memanggil Florin.

Florin yang terdengar ada orang memanggilnya pantas memandang ke arah si pemanggil. Terus dahinya berkerut nampak abangnya, Fley.

Matanya kemudian memandang orang di sebelah Fley. Pantas matanya membulat ternampak Elice berdiri di situ. Kaki secara automatik terus melangkah menuju ke arah mereka.

"Haa datang pun kau. Ingatkan telinga kau dah jadi telinga kuali." gurau Fley. Florin langsung tidak mengendahkan abangnya.

"Why you guys here?" tanya Florin.

"Kakak ipar kau nak jumpa kau sebelum kitorang balik." jawab Fley.

"Meet me?" kata Florin lagi.

"Ya, nak jumpa kamu. Dah lama kita tak jumpa, bukan? Florin, how are you?" kata Elice lembut. Senyuman diukir di bibir.

"I'm good. How about sister?" kata Florin.

"Akak pun sihat. Kamu-- Eh? Fley, what are you doing?" soal Elice kepada Fley. Hairan dengan kelakuan lelaki itu.

"Jangan pedulikan aku. Korang teruskan je bercakap." balas Fley sambil memegang telefon di tangannya.

Telefonnya elok dihalakan ke arah Elice dan Florin. Apa yang dia buat? Dia sedang rakam video Elice dan Florin bercakap.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now