𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 12

1.9K 101 1
                                    

Elice menikmati sarapannya. Walaupun hanya menu ringkas, tetapi rasanya tetap terasa lazat. Seusai Elice bersarapan, dia terus mengorak langkah naik ke tingkat atas untuk bersiap.

✧✧✧

Flex yang sudah bersiap terlebih dahulu itu elok bersandar di kereta Porsche miliknya. Dia mengenakan pakaian yang cukup simple iaitu kemeja dan t-shirt berwarna hitam beserta seluar jeans juga berwarna hitam.

Hitam hitam hitam.

Mata menangkap kelibat Elice yang semakin menghampiri. Elice juga mengenakan pakaian yang cukup ringkas. Dia memakai blouse berwarna hitam dan seluar jeans longgar berwarna biru gelap. Rambut diikat kemas. Sangat ringkas tetapi berdamage uish.

Flex yang sedari dari tadi hanya diam memandang Elice sebenarnya terpegun dengan kecantikan isterinya. Ini kali pertama dia melihat Elice mengenakan pakaian berwarna hitam. Sungguh dirinya masih berasa terpegun.

"You nampak cantik pakai baju gelap," ucap Flex. Senyuman manis diukir di bibir. Elice berterima kasih.

"You tu pun apa kurangnya? Sebenarnya I jarang pakai warna gelap," jawab Elice sambil menatap wajah suaminya. Pujian ikhlas diberi.

"Selain hitam, you nampak cantik dengan warna lain," puji Flex ikhlas. Elice hanya tersenyum mendengarkan pujian suaminya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta lamborghini menghampiri mereka. Rupa-rupanya itu Fley yang sedang menghantar Florin ke situ atas arahan abangnya. Kereta diberhentikan tepat di hadapan mereka.

Florin kemudiannya mengorak langkah keluar dari kereta sebelum dengan pantas kereta itu memecut laju dan berlalu pergi dari situ. Bisinglah setan, kata Flex dalam hatinya. Matanya menoleh ke arah adiknya.

"Terima kasih sebab datang, Ayris. I tak kacau you, kan?" ujar Flex lembut kepada adiknya. Florin hanya menggelengkan kepala.

"Hai Florin. I tak tahu pula you ajak Florin," kata Elice pula.

"Sebenarnya I ajak Axce, tapi dia nak rehat. Tak tahulah penat buat apa," balas Flex. Senyuman tidak ikhlas diukir memikirkan adiknya yang satu itu.

"Tak apalah. Mari kita berseronok je, okay?" kata Elice kepada Florin. Florin hanya mengangguk. Raut wajahnya sentiasa serius seperti selalu. Maklumlah introvert.

"Mari pergi?" soal Flex. Masing-masing mengangguk kepala sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta itu terus dipandu menuju ke destinasi.

✧✧✧

Fnight menjadi tempat pilihan mereka untuk membeli belah. Syarikat itu dimiliki dan diurus oleh Fley. Walaupun dia tak pernah sentuh pasal kerja tapi syarikat itu memang miliknya. Mereka bertiga turun dari kereta lalu masing-masing mengorak langkah masuk.

Semua pekerja di situ secara alami terus menunjukkan rasa hormat. Mereka tahu bahawa pelanggan itu merupakan orang atasan mereka. Seorang wanita kemudiannya datang menghampiri keluarga jutawan itu.

"Hello sir? May I help you?" kata wanita itu sopan.

"I'm looking for a black dress. Bring all the black dress here," balas Flex dengan nada biasanya.

"I understand sir. Please excuse me," wanita itu menundukkan kepalanya lalu beredar.

Flex, Elice dan Florin mengambil tempat duduk di sofa. Beberapa minit kemudian, satu-persatu dress berwarna hitam dibawa keluar. Dress-dress itu disusun elok di hadapan mereka.

"This is all our black dress," kata pekerja wanita itu.

"Very well," balas Flex sepatah.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now