𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 16

1.8K 85 2
                                    

Flex dan Elice kini berada di luar mansion. Mereka memutuskan untuk berjalan-jalan di kawasan bandar setelah sekian lamanya. Sungguh Elice gembira dapat keluar dari rumah agam itu selepas seminggu terkurung.

"How do you feel, darling?" tanya Flex lembut. Bukannya dia tidak tahu isterinya rasa bosan duduk dalam mansion.

"I'm good" balas Elice dengan senyuman.

"But I'm not good." ujar Fley. "Aku tak okay. Kenapa aku perlu ikut sekali?" kata Fley yang duduk di tempat duduk penumpang belakang.

"Untuk keselamatan. Kalau Cobra tiba-tiba serang, takdalah aku mati sorang-sorang." balas Flex selamba.

"Kau nak jadikan aku kambing hitam lah ni?" keningnya dikerutkan.

"Apa salahnya?" jujur Flex mengatakan. Seriously bro? Kau memang tak sayang aku kan? Fley hanya memandang abangnya dengan muka menyampah.

"Taklah. Aku gurau jelah. Aku ajak kau sekali untuk keselamatan. Mana tahu kita kena serang." kata Fley yang masih sibuk memandu. Ingat, Flex tak membunuh. 

"Aku nak tanya sikit. Kalau Lice kena serang dan waktu tu ada pistol di tangan kau, apa kau akan buat?" soal Fley ingin tahu.

"Kau ingat aku akan bunuh orang?" balas Flex. Sebelah keningnya terangkat. 

"Aku kata 'kalau' kan? Kita tak tahu masa depan. Kalau keadaan dah terlalu mendesak dan nyawa Lice dipertaruhkan, kau akan buat apa?" kata Fley lagi ingin mendapatkan jawapan.

Elice hanya mendengar perbualan kedua jejaka itu. Sejujurnya dia pun nak tahu apa Flex akan buat kalau betul-betul hal tu jadi. Sekilas wajah suaminya itu ditatap. Flex kemudiannya tersenyum kecil.

"Darling, what you think I'm gonna do?" tanya Flex kepada Elice. Soalan dijawab soalan. Elice terdiam seketika memikirkan soalan suaminya.

"Mungkin... Awak akan tinggalkan saya?" teka Elice perlahan.

"Abang aku tak sekejam tulah Lice." celah Fley. Dia cukup mengenali abangnya. Tapi sejak kehadiran Elice dalam hidupnya, Flex banyak berubah. Sangat ketara perubahnnya. 

"Jadi dia nak buat apa? Dia kan tak membunuh, takkan dia nak bunuh orang yang serang I tu." balas Elice kepada Fley.

"Jadi Ace, apa jawapan kau? Bini kau dah fikir bukan-bukan dah ni." kata Fley.

"... I pun tak ada jawapan untuk soalan tu. Tapi yang pasti, I akan cuba sedaya upaya untuk lindungi you." jawab Flex.

Jantung berdegup laju. Anak mata Elice dengan pantas terus menoleh ke arah bertentangan. Apasal aku tiba-tiba blushing ni? Takkan aku betul-betul ada perasaan dekat Flex?

"Lice, kenapa muka you merah? Kau demam?" tanya Fley yang menyedari muka Elice mula terlihat kemerahan.

"M-mana ada."ujar  Elice yang cuba menyembunyikan ekspresi di wajahnya.

"Kau janganlah risau sangat. Ace akan jaga kau. Lagipun dia yang dah masukkan kau dalam dunia kitorang." kata Fley selamba. Ya, Ace takkan mungkir janji. 

✧✧✧

Selepas beberapa minit memandu, akhirnya mereka tiba di sebuah mall milik Flex, iaitu Fleacè. Seperti Fley yang memiliki syarikat Fnight, Flex juga mempunyai syarikat sendiri iaitu Fleacè Empire.

Mereka melangkah turun dari kereta. Bonet belakang kereta dibuka sebelum Fley mengambil dua pasang pistol dengan peluru lebih, sebagai langkah berjaga-jaga. Manakala Flex hanya mengambil sebilah pisau lipat yang mudah disimpan.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat