𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 38

1.3K 77 2
                                    

Senyuman lebar diukir di bibir Flex. Dah macam psycho. Xander, Xavier dan Ryuu hanya memandang lelaki itu tanpa kata. Risau melihat keadaan Flex.

Elice menyeka air matanya yang terus menerus mengalir. Tangan mendail nombor lelaki yang tidak dikenali itu. Panggilannya disambut.

"You're ready to tell me your answer?" kata lelaki itu tenang.

"Saya... Akan jauhkan diri dari Flex, macam yang kau nak. Kau dah puas hati kan?" kata Elice pasrah. Suaranya kedengaran sedikit serak akibat menangis. Tidak ada reaksi di wajahnya.

"Macamana aku boleh percayakan kau?"

"Saya takkan kembali ke Amerika, dan akan tinggal kat sini untuk sementara waktu, sampai Flex lupakan saya." terang Elice.

"Oh? Aku tak rasa Ace Ayrnight dapat lupakan kau dalam tempoh masa terdekat."

"Dia pasti akan. Lagipun, hubungan kami dah tamat."

"Kau tak boleh kata hubungan korang dah tamat kalau korang tak cerai lagi."

Ish, banyak soal lah mamat ni. Apa sebenarnya yang dia nak? Aku dah kata akan menjauh dari Flex pun kan? Even aku siap bergaduh lagi dengan Flex. Soalnya sendiri.

"Saya tak pernah kata akan bercerai dengan Flex. Saya cuma kata yang saya akan menjauh."

"Macamana kalau dia yang nak ceraikan kau?"

Elice terkesima. Macamana kalau Flex nak ceraikan aku? Mestilah aku takkan boleh terima. Kenapa? Because I love him that I would do anything as long as he safe.

"I don't know, and I don't care. I nak you berpegang pada kata-kata you. Jangan sentuh diorang. Kalau I dengar yang mereka terluka, I takkan teragak-agak untuk cari you." kata Elice tegas. Dia memberi amaran.

"Aku tahu. Tapi aku akan terus perhatikan kau dari jauh. Sehingga hubungan korang betul-betul dah takda."

"Kau siapa sebenarnya? Kenapa kau sibuk sangat nak jaga tepi kain orang lain?"

"You do know me, though you won't remember me."

"Ha? Weh Pakcik, jangan main-main boleh? Takyah main kode-kode."

"Dah lama aku tak dengar kau panggil aku dengan panggilan tu. Take care, Eliora." kata lelaki itu lalu panggilan dimatikan.

Dah lama tak panggil panggilan tu? Jadi kitorang pernah berjumpa lah maksudnya?? Siapa manusia ni ah? Tapi tadi dia panggil aku Eliora...

✧✧✧

Pagi menjelang. Elero dan Freya sudah pun berada di luar rumah milik ibu bapa mereka. Beg bagasi mereka turut dikeluarkan. Ya, hari ini ialah hari mereka kembali ke Amerika.

Elice turut berada di luar untuk menghantar pemergian Elero dan Freya. Semalam, dia telah pun memberitahu abangnya bahawa dia tidak akan kembali ke Amerika, dan dia akan tinggal di situ untuk seketika.

Mahu atau tak, Elero terpaksa bersetuju dengan permintaan adiknya. Kerana Elice sungguh berkeras dengan keputusannya, Elero akhirnya memberikan kebenaran tapi dengan syarat dia akan ditemani beberapa orang pengawal.

"Jumpa lagi nanti, Elero dan Freya. Have a safe trip." kata Elice.

"Awak pasti tak nak ikut balik? Betul ni, Elice?" kata Freya yang masih risau untuk meninggalkan gadis itu.

"Betul. Korang balik je lah. I akan balik bila I dah puas tinggal kat Malaysia." balas Elice selamba. Padahal hatinya sedang hancur.

"Jaga diri kamu. Kalau ada apa-apa terus bagi tahu abang. Atau kamu boleh terus call Ace." kata Elero serius.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now