𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 56

1.2K 59 1
                                    

Flex, Elice dan Fley berada di luar mansion. Mereka berada di tengah bandar, sedang berjalan-jalan. Diorang nak guna kereta, tapi Elice cakap nak guna kaki. So yeah.

"Aku tak nak anak aku membunuh, dan aku takkan biarkan dia membunuh." tegas Flex.

"Bosan betullah kau ni." balas Fley selamba.

Mata memandang sekeliling tempat itu. Tak terlalu ramai orang, tapi dia masih kurang menyukai tempat yang banyak orang. Sesaat dia menoleh ke beberapa arah.

Eh? Itu kan? Dengan tidak sengaja, matanya menangkap penampakan makhluk yang tak patut dilihat. Dalam banyak-banyak makhluk, kenapa mesti manusia tu yang muncul? Pantas dahinya berkerut.

Cobra.

Wolv dan Rio elok berdiri di hadapan kedai Ice cream itu. Macam tengah tunggu seseorang. Fley hanya memerhati lama, hairan kenapa diorang berdiri depan kedai tu tanpa buat apa-apa.

Semuanya dalam keadaan terkawal, sebelum kelibat Vinter mula kelihatan. Aku rasa macam nak bunuh someone lah bila nampak setan tu. Kata Fley yang bermonolog sendiri. Dia terimbas kembali peristiwa semasa di mall hari tu.

Flex yang perasan akan perubahan reaksi adiknya, berasa hairan. Adik aku ni kenapa? Apasal tetibe ada aura pelik kat sini eh? Dia ni dah kena rasuk syaitan ke apa?

"Axce, what's wrong?" soal Flex.

"Ha? Apa yang salah?" balas Fley tanpa reaksi. Mata masih elok ditumpukan ke arah Cobra.

"Muka kau tu yang salah. Kau tengok apa sampai kau...?"

Kata-katanya tidak tersambung. Flex turut ternampak Wolv, Rio dan Vinter yang elok berdiri di hadapan kedai itu. Dan diorang tengah... Makan ice cream??

Bukan diorang, Vinter je yang makan ice cream. Kini giliran Elice berasa hairan. Dah kenapa suami dan adik iparnya lain macam ah? Dua-dua diam.

"Korang dah kenapa...?"

What the...?

Matanya terus membulat melihat ahli Cobra dari jauh. Wolv? Yang kat sebelah dia tu macam kenal. Dia tu bukan Vinter eh? Jadi sorang lagi tu siapa? Bingung lah, banyak betul watak cerita ni.

"Itu bukan Cobra eh??" soal Elice mendatar.

"Elice, jangan jauh sangat dari I." pesan Flex. Elice mengangguk faham.

"Tak boleh jadi ni." kata Fley secara tiba-tiba.

"Apa yang tak boleh jadi?" tanya Elice hairan.

"Ice cream yang diorang makan tu... limited edition. Aku pun nak." kata Fley dengan reaksi cukup serius. Pasal ice cream je kau risau?

"What the hell? Seriously, Axce?" sebelah kening Flex terangkat.

"Aku tengah serius sekarang ni. Aku nak makan ice cream tu. Aku setuju nak ikut korang pun sebab nak try ice cream limited edition kat sini." jawab Fley mendatar.

Mata masih memandang Vinter yang sedang memakan ice cream limited edition itu. Secara tidak sengaja, Vinter turut menoleh ke arah tempat Flex, Fley dan Elice berada. Diorang tereye contact hmm. Terasa seperti ada renjatan elektrik pada matanya.

"Whoa? Ada Vipers!" kata Vinter teruja.

Matanya masih setia memandang Fley. Uish. Secara automatik, Wolv dan Rio terus memandang ke arah Vipers. Senyuman diukir di bibir.

"Heh?"

Reaksi tenang tidak lari dari wajah. Secara perlahan, kakinya mula melangkah mendekati Flex, Fley dan Elice. Vinter dan Rio mengekori dari belakang.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now