𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 07

2.1K 96 4
                                    

Mereka tiba di mansion itu agak lewat. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Masing-masing membuka langkah masuk ke dalam. Itu ialah mansion yang sama sebelumnya, iaitu sewaktu Flex pertama kali mengetahui tentang rahsia Elice dan membawanya ke situ.

"You naiklah dulu. You tahu bilik kita kan?" kata Flex sambil mengangkat barang-barang masuk.

"Bilik kita? Kita tidur satu bilik eh?" berkerut dahi Elice. Flex hanya tersenyum lalu mengangguk sikit.

"Perlu ke satu bilik? You tak rasa lain macam nanti?" kata Elice dengan kening terangkat.

"Lain macam apa? Kita dah kahwin. Dah, you pergi naik dulu. I urus benda kat bawah ni jap." Flex berkata sebelum dia melangkah pergi.

Memanglah dah kahwin, tapi ini kahwin kontrak. Tanpa perasaan dan tanpa rela. Elice yang masih berfikir membuka langkah ke 'bilik mereka.'

✧✧✧

Elice melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia hanya merenung sekeliling bilik itu sebelum mengambil tempat duduk di atas katil bersaiz King itu. Dia memandang ke arah pintu balkoni yang masih belum ditutup rapat. Cantik sungguh pemandangan itu. Tanpa dia sedari, Flex kemudiannya masuk ke dalam bilik itu.

"You tak nak shower dulu?" tanya Flex sambil membuka tali lehernya.

"Awak boleh pergi dulu kalau nak." balas Elice sebelum dia melangkah ke arah balkoni. Pintu kaca itu ditolaknya perlahan. Kakinya dijejakkan ke luar. Agak sejuk.

"You jangan stay lama-lama. Nanti you demam." kata Flex sambil masuk ke bilik mandi.

Elice hanya mendengar. Dia tidak menoleh ke arah Flex. Selepas beberapa minit berlalu akhirnya Flex selesai mandi. Kini giliran Elice. Dia terus memasuki bilik mandi.

A few minutes later...

"Dah siap shower?" tanya Flex sambil membaca beberapa fail.

"Dah." Elice mengambil tempat duduk di atas katil. "You buat apa?"

"Kerja office. You boleh tidur dulu kalau you nak." matanya ditumpukan pada kertas di tangannya.

"I tidur di bilik lain--" kata Elice sambil berdiri sebelum tangannya pantas ditarik oleh Flex. Dia terduduk kembali. What the...?

"You sleep here." kata Flex yang masih khusyuk membuat kerja.

"Takpa. I tidur bilik lain. Takut ganggu you." kata Elice. Alasan. Sebenarnya dia masih berasa awkward sikit dengan jejaka itu.

"Kenapa you degil sangat ni? Just sleep here. I won't do anything to you." kata Flex.

"I tak percayakan you." kata Elice mendatar.

"Then, you baru buat kontrak dengan orang yang you tak percaya." kata Flex selamba.

"I tak kacau you malam ni." tangan masih sibuk menyusun kertas-kertas.

"Fine." Elice terus menyelimuti dirinya dengan selimut sehingga paras dada.

Flex tersenyum nipis lalu dahi isterinya dicium lembut.

"Good night dear."

Elice tidak membalas. Dah tidur.

Keesokan paginya...

Elice membuka matanya. Jam menunjuk pukul 7:30 pagi. Dia teringat kembali majlis perkahwinannya semalam. Right, I sign the contract. Katanya dalam hati. Flex tidak ada di sebelahnya.

Badan diregangkan lalu kaki melangkah ke bilik air. Elice memakai skincarenya sebelum turun ke bawah.

Flex sedang bersarapan sambil membuat kerjanya. Mata saling memandang. Elice melangkah ke arah Flex.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now