𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 34

1.3K 65 2
                                    

Jam menunjukkan sekitar pukul 3.30 petang. Sebaik selepas mereka selesai melawat Mak Jah, mereka terus bergerak menuju ke markah Black Mamba di kota itu.

Markas di kota itu penting kerana terdapat sebahagian senjata berbahaya disimpan di sana. Ianya juga merupakan satu-satunya markas mereka di Sabah.

✧✧✧

Kaki melangkah turun dari dalam van. Sampai sahaja mereka di situ, ahli-ahli Black Mamba terus tunduk menghormati orang atasan mereka.

Langkahnya terundur ke belakang sedikit akibat terkejut. Elice memalingkan kepalanya bertentangan dari arah mereka. Sudah tentu dia tidak menyukai keadaan itu. You know Elice Adler.

Elero sudah berpesan untuk tidak menyambut kedatangan mereka, tetapi ahli Black Mamba tetap berkeras untuk berbuat demikian. Kerana sudah bertahun ketua mereka tidak datang ke sana.

Kakinya masih tidak bergerak. Cepatlah korang masuk. Aku malas nak kena layan macam ni. Angkat je lah kepala korang tu haih. Ya Allah, please lah korang.

"Angkat kepala korang semua." kata Elero sepatah. Pantas mereka semua menurut perintah ketua.

Elice perlahan memalingkan kepalanya selepas Elero memberikan arahan. Mata memandang ahli-ahli Black Mamba di hadapannya. Tiada reaksi di wajah.

"Kami sungguh gembira ketua akhirnya datang ke markas ni setelah sekian lama." kata seorang lelaki dengan sopan.

"Aku tak dapat datang ke Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Orang tu, kat mana dia?" soal Elero.

"Orang tu? Oh, maksud ketua Sir Hell tu ke? Dia dah lama tak datang sini. Kadang sekali sebulan je." balas lelaki itu.

"Bila kali terakhir korang nampak dia?" soal Elero.

"Lebih kurang beberapa minggu yang lepas." balasnya.

"I see. Macamana keadaan markas? Ada apa-apa masalah?" kata Elero.

"Setakat ni takda masalah. Semua okay. Ketua tak nak tengok sekeliling markas?" kata lelaki itu.

"Let's go." balas Elero lalu kaki melangkah masuk ke dalam markas itu.

Ahli-ahli Black Mamba di situ turut mengikuti langkah ketua mereka memasuki markas. Freya hanya berdiri di samping Elice.

"Awak tak nak masuk?" tanya Freya kepada Elice.

"Tak naklah. Mesti banyak orang menakutkan dalam tu kan? Dan mesti banyak benda bahaya. Masuk je lah kalau kau nak." balas Elice.

"Saya kena jaga awak." sambung Freya.

"You pergi je lah masuk kalau nak. I okay kat luar ni." kata Elice.

"Tapi--"

"Dah, dah. Just go. I'm okay." kata Elice pantas lalu dia menolak Freya masuk ke dalam markas itu.

Aku dah besar panjang pun nak kena jaga lagi? Kalau macam ni, takda bezanya daripada kena jaga oleh Flex. Dua-dua sama. At least kalau Fley yang ikut aku, dia bagi juga aku pergi mana aku nak.

✧✧✧

"Ehh~? Seriuslah betul? Sangkaan Wolv betul?" kata Vinter agak terkejut.

Killen juga tidak mempercayai apa yang dia sedang lihat. Jadi sangkaan Wolv pasal Adler tu betul lah? Tangan terus mendail nombor telefon Wolv. Panggilan itu disambut.

"Killen, what's up? Macamana keadaan kat sana?" kata Wolv.

"Wehh Wolv, aku rasa sangkaan kau betul lah pasal Adler tu." kata Vinter sebelum Killen sempat membalas.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now