𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 17

1.7K 86 0
                                    

Elice menghilang dan terdapat ahli Cobra di sana. Suasana menjadi lebih tegang selepas penampakan dua kelibat ahli bahaya Cobra.

"Oi Vin, kau nampak Wolv?" tanya Vodka.

"Dia cakap dia nak pergi main kejap." balas Vinter bersahaja.

"Aku kadang tak fahamlah perangai Ketua kita tu. Aku ajak ke sini nak bawa dia enjoy." kata Vodka.

"Rileklah. Wolv sedang enjoylah tu. Dia kata nak 'main' kan?" balas Vinter dengan senyuman.

Mereka berhenti di sebuah kedai baju. Terdapat pelbagai jenis sut dan tuxedo di situ. Ada yang berjenama Fleacè, Gucci dan jenama terkenal lain.

"Tapi 'main' dia tu cara lain." kata Vodka lagi. 

Bagi Wolv, 'main' tu bukannya seperti main di taman permainan atau apa benda segala tu. Bagi dia, 'main' tu buat benda yang dia suka. Like what? Yea, killing.

"Takkan kau tak tahu perangai Wolv?" Vinter berhenti seketika. "Tapi aku pun suka main jugak. Kau pun mesti suka juga kan?" kata Vinter sambil menyelek baju-baju di sana. Vodka menghela nafas. Bagi aku, maksud 'main' tu lain.

✧✧✧

Sudah lebih sejam Elice berjalan mencari jalan untuk pulang. Sekarang kat tingkat berapa dia berada, dia pun tak tahu.

Dia berehat sebentar di bangku di lorong itu. Kaki diurut perlahan. Menyesal pulak tak bawa telefon. Dan menyesal tak biar je Flex ikut tadi. Nafas beratnya dihembus ebelum tiba-tiba, kedengaran satu suara garau menegurnya. 

"Hi babe." sapa Wolv dengan senyumannya.

"Allahhu..!" terkejut Elice dibuatnya. Mata memandang pemilik suara garau itu. Kaki pantas berdiri menjauhkan diri dari bangku.

"Wolv?" katanya tidak percaya. Mata tidak dikelipkan.

"Yes babe. Kenapa you nampak terkejut betul ni? Macam baru nampak hantu." kata Wolv sambil mengambil tempat duduk di bangku itu.

"Tak nak duduk? Ke you nak terus berdiri?" soal Wolv lagi.

Elice hanya menggelengkan kepalanya. Gila ke nak duduk sama dengan orang yang nak bunuh dia? Tak apalah, terima kasih. 

"Kenapa ni? You takut dengan I?" soal Wolv yang masih elok senyuman di bibir. Elice hanya mengerutkan dahi.

"Janganlah takut, dear. Duduklah. I tahu you penat berjalan sebab sesat. Just like the last time." kata Wolv sambil memandang Elice yang masih tercegat berdiri.

"Tak, terima kasih. Saya perlu pergi." kata Elice sebelum dengan pantas dia membuka langkah.

"Sit." kata Wolv sepatah. Nadanya kedengaran dingin. 

Akibat hal demikian, langkahnya terhenti. Elice menoleh ke belakang sebelum dia perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"I kinda feel annoyed to repeat the same things twice, babe. You duduk je boleh?" kata Wolv lembut tetapi mempunyai ketegasan dalam setiap perkataan.

Elice tidak ada pilihan. Lorong itu sungguh sunyi dan tiada orang lalu pada ketika itu. Kalau dia lari pun, nak lari ke mana? Bukan dia tahu jalan. Silap-silap tambah sesat.

Akhirnya Elice perlahan-lahan mengambil tempat duduk di bangku itu. Jarak antara mereka masih dikekalkan. Takut juga kena naik atas sekarang, dia pun mengucap dalam hati.

"Good girl." kata Wolv dengan senyumannya. Hensem uhuk.

"Awak nak apa? Wait, let me guess, my life?" kata Elice yang memberanikan dirinya untuk bertanya.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now