𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 65

1.1K 56 1
                                    

Elice turut memperkenalkan diri walaupun dia mempunyai firasat bahawa lelaki itu sudah mengenalinya.

"I'm Elice," kata Elice perlahan.

"I know," balas Killen tanpa reaksi. Nampak? Memang dia dah lama tahu.

"Killen, why don't you sit and eat first? You look so tired," celah Wolv. Ketara sangat diorang berdua ini masing-masing awkward.

Tanpa banyak soal, Killen terus mengambil tempat duduk di sebelah Elice. Pantas gadis itu menjauhkan kerusinya sedikit. Terkejut. Tanpa mempedulikan Elice yang menjauh darinya, Killen terus menjamu selera.

Steak yang terletak di atas meja itu dimakannya. Lagipun, memang Rio masak daging tu khas untuk Killen sebab dia tahu lelaki itu suka makan daging.

"Jadi Wolv, bila kau nak mula?" tanya Vodka.

"Beberapa hari dari sekarang. Anak buah orang tu akan datang sini nanti. Mungkin dalam 2 hari lagi?" jawab Wolv.

"Woah? Dia sampai suruh anak buah dia datang? Kau dah bagi tahu orang tu semuanya?" soal Vinter pula.

"Aku tak bagi tahu dia segalanya, tapi aku bagi tahu dia yang aku dah tahu jawapan untuk teka-teki itu," balas Wolv dengan tenang.

"Mungkin lepas kau dah buka benda itu, dia akan bunuh kau. Maksud aku, kita semua," selamba Rio mengatakan.

"Aku rasa tak. Sebab Wolv satu-satunya penerus generasi Levine. Mana ada waris lain selain Wolv?" ujar Vodka pula.

"Jadi bila kita nak bincang plan?" tanya Vinter pula. Manusia yang satu ni bersemangat seperti biasa.

"Soon," jawab Wolv sepatah.

"2 hari ke? Jadi semuanya akan selesai dalam masa 2 hari?" ujar Rio perlahan.

"Aku dah tak sabar nak tamatkan benda ni. Dah lama aku tunggu," kata Vinter sambil meneguk secawan air.

Elice pula hanya diam mendengar perbualan jejaka-jejaka itu. Diam seperti patung. Satu perkara pun dia tak faham, kecuali dia tahu yang mereka sedang rancang sesuatu.

"Emerald eyes, kenapa kau diam?" tanya Vinter kepada Elice.

"I tak faham korang cakap pasal apa," jawab Elice.

"Oh. Tak apa, kau akan tahu juga nanti," ujar Vinter dengan senyuman.

"Ada kaitan dengan I? Kenapa dengan 2 hari? Korang nak bunuh I dalam masa 2 hari lagi?" soal Elice mendatar.

"Eh~ Taklah. Siapa cakap kitorang nak bunuh you?" balas Vinter bersahaja. Sah nak bunuh aku.

"Habis itu?" kening Elice mula berkerut.

"You takkan mati, tapi mungkin akan sakit sikit. Tapi betul, you takkan mati," jelas Vinter dengan senyuman.

Elice menatap wajah Vinter tanpa balasan. Mana boleh percaya sangat manusia psycho ini. Ya, aku tak boleh percaya. Dari awal diorang memang nak bunuh aku. Dan sakit? Diorang nak seksa aku sebelum ambil nyawa aku?

"I tak tipulah. Tengok tu? Mesti you tengah fikir yang I menipu kan? Ketara sangat reaksi you tu," kata Vinter lagi, cuba mempertahankan dirinya.

"Jadi kenapa korang culik I? Nak seksa, lepas itu bunuh I?" soal Elice mendatar.

Tangannya yang agak bergetar cuba disembunyikan. Sejujurnya dia tak berani nak tanya, tapi confident dia tiba-tiba naik tadi. Selepas itu terlanjur pula tanya.

"Bukan," jawab Wolv yang sedari tadi berdiam diri. Perhatian Elice dialihkan kepada lelaki itu.

"You might hurt a little bit, but you won't die. I promise you won't die. Please believe me," kata Wolv lagi. Perkataan jejaka itu kedengaran benar.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن