𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 69

1K 58 1
                                    

Flex kini berada di private mansionnya. Seperti yang sudah diberitahu, Elero dan Freya juga telah berada di situ.

"Ace. Elice macam mana? Saya dengar dia kena culik?" tanya Elero kepada Flex. Dia risau sebenarnya.

"Ya, Elice kena culik oleh Cobra. Maaf sebab biarkan dia diculik. Tapi kami akan cari dia secepat mungkin. Dan saya takkan biarkan peti tu dibuka," jawab Flex yang turut berduka cita.

"Kau dah tahu? Pasal benda tu... Peti," kata Elero perlahan.

"Ah pasal peti kebal tu? Saya je yang tahu, yang lain masih belum. Dan saya baru nak terangkan dekat diorang," kata Flex sambil menoleh ke arah Xander, Xavier dan Ryuu yang elok duduk di sofa.

"Sebelum itu, Lero dan Freya duduk dulu," pelawa Flex sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa. Elero dan Freya hanya akur dan turut duduk.

"Hell tak ikut korang?" tanya Flex.

"Kitorang tak bagi tahu Hell lagi. Kau pun tahu sikap dia macam mana kan? Mesti dia akan terus pergi serang Cobra tanpa bincang plan dulu," balas Elero. Flex hanya mengangguk. Betullah juga.

"Elice--"

Tidak sempat Flex menghabiskan ayatnya, Fley dan Florin tiba-tiba menerjah masuk ke dalam ruangan itu. Fley yang terburu-buru pantas berlindung di belakang abangnya.

Florin pula terpaksa berhenti di hadapan Flex, sambil memandang tajam abangnya yang satu lagi. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, Florin terus mengangkat pistolnya dan menghalakan senjata berbahaya itu ke arah Fley.

Mata Fley terbeliak memandang Florin yang sudah seperti orang hilang akal ingin membunuhnya. Semua mata memerhati kelakuan dua beradik itu. Diorang anggap benda itu normal kerana sudah terbiasa, kecuali Elero dan Freya.

"Ayris Ayrnight, kau tengah buat apa ni hah?? Suka hati je kau main hala benda tu dekat aku?? Buang pistol kau sekarang !" kata Fley mendatar.

"Shut up," Florin langsung tidak peduli dengan kata-kata Fley. Pistolnya masih dihala tepat ke arah si abang.

"Apa dah jadi?" soal Flex. Bahunya diregangkan agar Fley berhenti memegangnya.

"Ayris nak bunuh aku !" balas Fley sambil menunjuk-nunjuk Florin. Dia cuba untuk act victim.

"Biar aku teka, pasal Elice ke ni?" teka Xavier.

Florin menatap Xavier tanpa kata. Wajah datarnya tidak lupa ditayangkan. Dia lemudian menoleh ke arah Flex.

"Kak Elice... Kenapa kau tak jaga dia baik-baik?" kata Florin kepada Flex.

"Sampaikan dia dah kena culik..."

"It was a mistake, Ayris. Abang akan dapatkan dia semula," balas Flex.

"Mistake, huh?" pistolnya yang tadi dihalakan ke arah Fley kini disasarkan tepat di kepala Flex.

"Apa kau buat ni hah? Siapa ajar kau hala pistol dekat abang kau??" ujar Fley mendatar.

"Bagi tahu aku...," Florin berhenti seketika.

"Kesilapan macam apa yang kau baru buat?" sambungnya.

"Abang tahu apa yang kamu risaukan. Abang akan betulkan kesilapan abang," balas Flex.

Florin sudah tidak peduli. Hammer pistol itu ditariknya mendatar. Jari telunjuknya menyentuh trigger pistol tersebut. Bila-bila masa sahaja, dirinya sudah bersedia untuk menembak.

Suasana dingin seketika. Yang lain masih diam melihat kelakuan gadis itu. Ryuu yang sedari tadi hanya memerhati akhirnya berdiri dan merampas pistol Florin tanpa amaran.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now