𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 36

1.3K 69 0
                                    

Elice menutup telefonnya. Badannya masih tidak ada tanda-tanda ingin bergerak dari situ. Dia confuse. Tidak tahu ingin berbuat apa. Tangannya digenggam kuat. Tubuhnya perlahan menggigil akibat terlalu risau.

Dirinya hanya mampu berdoa agar semuanya akan baik-baik sahaja. Moga Allah mempermudahkan segala urusannya. Sungguh dirinya risau jika orang yang tidak bersalah akan cedera disebabkan olehnya.

✧✧✧

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Mata dibuka perlahan lalu dia mendapati bahawa dirinya berada di rumah milik arwah ibu bapanya.

Macamana aku boleh tiba-tiba tidur kat sini ah? Bukan semalam aku kat... Eh? Freya cedera! Matanya terus dibuka luas. Dia terus berdiri dari baringnya. Kaki terus berlari keluar dari bilik.

Mata menangkap kelibat Elero yang sedang duduk di atas sofa. Pantas dia menuju ke arah abangnya itu.

"Elero, mana Freya?? Macamana keadaan dia??" soal Elice laju. Rambutnya yang tidak kemas membuatkannya kelihatan seperti orang gila.

"Calm down, Elice. Freya ada dalam bilik. Sepatutnya dia tinggal kat hospital, tapi abang tak nak tinggalkan dia sendirian kat sana. Doktor dah bagi kebenaran untuk biar Freya mendapat rawatan dari rumah." balas Elero.

"Dia hidup kan?? Freya hidup kan??"

"Mestilah dia masih hidup. Masih bernafas."

Nafas leganya dihembus. Elice mengambil tempat duduk di hadapan Elero. Rambutnya dibetulkan agar kelihatan lebih kemas. Sungguh dia berasa risau jika perkara buruk menimpa Freya.

"Lepas Freya dah sembuh sikit, kita akan balik Amerika semula." kata Elero.

"Balik Amerika...?" dirinya teringat kembali amaran lelaki yang tidak dikenali itu.

"Ya, Amerika. Freya akan dapat rawatan selanjutnya di sana. Lagipun kalau kita kat Amerika, senang sikit kita nak kawal keadaan jika terjadi sesuatu." kata Elero.

Elice tidak membalas kata-kata Elero. Patut ke dia bagi tahu abangnya yang dia sebenarnya telah pun diancam untuk berjauhan dengan Fley? Hatinya mengatakan tidak.

"Erm... Boleh saya tak ikut korang balik Amerika?" katanya perlahan. Elero terus memandang wajah adiknya hairan.

"Dah kenapa tak nak ikut balik?" tanya Elero.

"Saya nak tinggal kat sini lama sikit. Lagipun ini tanah air Mama." kata Elice teragak-agak.

Sekali lagi, wajah adiknya dipandang serius. Kenapa dengan adik aku ni? Hari tu tak nak sangat ikut, tiba-tiba harini nak stay lama-lama. Ada sesuatu yang tak kena ni.

"Elice, be honest. You know I don't eat people, aren't you?" kata Elero lembut. Matanya menikam anak mata adiknya.

"Jujur? Pasal apa?" balas Elice yang cuba act fool.

"Ada sesuatu yang kamu tak bagi tahu abang?"

"Takda."

"Elice Adler..."

"Astaghfirullah, betul takda." kata Elice pantas selepas mendengar Elero menyebut nama panjangnya.

Sumpah seram gila. Terus dia mengalihkan pandangannya. Aku dah kata tak nak menipu lepasni tapi yang kali ni terpaksa haih.

"Takda alasan. Bahaya sangat kalau you stay sini sorang-sorang. Walaupun you bukan ahli Black Mamba, tapi you masih keturunan mafia." kata Elero mendatar.

"Tapi--?"

"Eat your breakfast, I've prepared it."

"Brother."

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang