𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 79

1.3K 62 1
                                    

Wolv akhirnya secara langsung mengatakan perkara yang sebenar. Reaksinya serius, dia ikhlas meminta maaf.

"So, my dear. What do you think? Be honest with yourself." Elice berkata kepada Flex. Mata elok tertumpu kepada si suami.

Tatapan mata Elice dibalasnya. Keadaan sunyi seketika. Selepas berfikir sejenak, Flex kembali memandang Wolv. Mereka saling bertatapan. Tangannya digenggam kuat sebelum dia membalas.

"Wolv, aku... Aku pun minta maaf." kata Flex serius.

"Aik? Tapi kenapa kau minta maaf? Kau tak buat salah, aku yang silap." mata Wolv tidak berkedip memandang lelaki itu. Hairan.

"Tak, Wolv. Aku pun bersalah dalam hal ni. Aku tak sepatutnya biarkan kau pergi tanpa penjelasan yang jelas. Atau sekurang-kurangnya, aku patut selidik kenapa kau tiba-tiba nak keluar dari Vipers. Maaf sebab aku bukan kawan yang baik untuk kau." kata Flex kepada Wolv.

"Bukan kawan yang baik? Memang kau bukan sekadar kawan aku lah sial. Aku dah anggap kau macam keluarga aku." kata Wolv lalu dia menoleh ke arah bertentangan. Sebenarnya dia malu nak cakap macam tu. Pelik pula bunyinya.

"Haa? Kau ingat kau seorang je yang fikir macam tu? Dalam otak kau, selama ni aku anggap kau apa?" soal Flex mendatar.

"Bukan kau anggap aku ni musuh kau eh? Nak bunuh aku konon..." balas Wolv yang masih tidak menatap wajah Flex.

"I don't kill people and I would never do that. Don't you know me the most?" kata Flex lagi.

"Aku tahu dan aku yang paling tahu." balas Wolv sepatah. "Huh?"

Flex menghulurkan tangannya ke hadapan Wolv. Bibirnya yang tercalar itu mengukir senyuman. Kali ini giliran Wolv terdiam. Dia memandang huluran tangan itu tanpa kata sebelum mengalihkan pandangannya ke wajah Flex.

"Mari kembali seperti dulu, Wolv. Kau boleh kekal berada di Cobra, dan tentunya aku akan kekal berada bersama Vipers. Yang berbeza kali ni ialah kita bertarung bukan sebagai musuh, tapi rival. Like how our parents did." ujar Flex dengan senyuman.

"... Hahh... Kau memang hebat dalam hal macam ni." Wolv menyambut huluran tangan Flex, lalu dia berdiri dari duduknya.

"Let's do it, Ace. Like our parents did. Sama ada Cobra atau Vipers mahupun Black Mamba, mari kekal bersaing tanpa putuskan hubungan yang ibu bapa kita dah bina bersama." ujar Wolv dengan senyuman.

Yang lain hanya tersenyum gembira. Dari awal keadaan memang sepatutnya seperti ini, macam yang arwah pasangan Adler, pasangan Levine dan Mrs. Ayrnight harapkan. Hubungan ketiga keluarga itu tidak akan pernah putus.

Perlahan-lahan kaki Elice mula merasa lelah. Dia sudah tidak punya tenaga setelah segala hal yang berlaku. Paling sakit masa dia hold on trauma dia tu. Flex yang menyedari akan hal itu secara refleks terus menyambut tubuh Elice sebelum dia jatuh.

"Darling, you alright??" tanya Flex laju.

"Okay. Cuma penat sikit." balas Elice kepenatan. Dia betul-betul kehabisan tenaga. Dan dia hampir hilang akal tadi masa tengah hujan.

"Bahu awak cedera, bukan? Wajah awak merah...? Jangan cakap diorang ada sentuh muka awak?? Luka ni siapa yang buat? Babi tu memang nak mati??" makin panas Flex memikirkannya.

"Cool your head, Ace. Manusia-manusia kat sini 99% kitorang dah bunuh." kata Fley selamba.

"Haah. Betul betul betul. Kitorang siap hantar gi neraka lagi." kata Vinter menyokong Fley.

"Aku yang bunuh paling banyak."

"Bila masa? Aku lah. Ehh tapi bukan kita seri?"

"Ya tak ya juga kan." baru Fley teringat yang tadi diorang bunuh jumlah yang sama.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now