𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 75

1.2K 54 4
                                    

Tanpa mengendahkan rasa sakit yang dirasainya, Flex pantas mengangkat kakinya lalu dia hayunkan tepat ke badan Wolv. Wolv yang tidak sempat mengelak jatuh ke atas tanah, akibat impak tendangan kuat Flex.

1-1.

Flex kemudiannya menghadiahkan satu tumbukan kuat di wajah kacak Wolv. Darah mula mengalir dari bibir lelaki itu.

"Heh... Ace? Kemahiran berlawan kau dah makin meningkat." kata Wolv sambil menjilat bibirnya yang berdarah.

Flex hanya memandang Wolv tanpa kata sebelum meneruskan langkahnya.

"Jangan terburu-buru. Ketara sangat hanya aku yang sedang berseronok." kata Wolv sambil mengelap kasar darah di bibirnya.

"Haa--?"

BUK!

Satu tumbukan kuat dihadiahkan khas buat Flex. Dia tidak sempat mengelak kerana Wolv menyerangnya dari belakang. Impak tumbukan itu, Flex terduduk jatuh ke tanah.

"Kau nak selamatkan isteri kau kan? Jadi main dengan aku dulu. Kalahkan aku. Selagi kau tak menang, aku takkan biarkan kau pergi dekat dengan Elice." kata Wolv kepada Flex.

"Kenapa aku kena ikut permainan bodoh kau?" kata Flex dingin.

"You totally forgot where are you right now. This is Cobra, this is our place. Kau takda pilihan, Ace. Sebab kau sedang berada di sarang musuh." jawab Wolv selamba.

Flex terdiam seketika. Otak ligat berfikir kemungkinan yang mungkin dihadapinya jika tidak mengikuti permainan lelaki itu. Apa yang Wolv cakap tu ada betulnya juga. Siapa tahu maybe diorang dah pasang perangkap kat situ? Nyawa orang lain mungkin terkorban.

"Kau bijak, Ace. Kau tahu apa yang aku mampu buat di tempat aku sendiri, bukan?" Wolv memperingati Flex.

"Ah... Shit..." nafas berat dihembus Flex.

Flex terus membuka jaket hitam yang dipakainya, lalu dia campak ke sisi. Sarung tangannya yang dari tadi dipakai dibiarkan kekal berada di tangan. Sepucuk pistol yang elok berada di poketnya turut dijauhkan. Rambutnya kemudian diselak ke belakang secara kasar.

Melihat kelakuan Flex membuatkan Wolv mengukir senyuman lebar. Pantas dia turut membuka jaket yang dipakainya lalu dihumbannya ke tepi. Pistol yang berada di poket seluarnya turut dicampak ke tepi, bersama dengan segala peralatan lain.

"Ace, aku nak kau berseronok masa main dengan aku. Dan yang aku maksudkan ialah, jangan teragak-agak untuk bunuh aku." kata Wolv selamba. Lengannya diregangkan.

"Sorry to say, but I don't kill people." Flex menegaskan sekali lagi.

"Well... Come to Cobra if you did." kata Wolv mendatar. Flex memandang tajam.

Second round started.

✧✧✧

Brian Levine dan anak-anak buahnya separa berlari melurusi lorong itu. Tempat itu ialah jalan rahsia untuk keluar daripada rumah tersebut. Kiranya macam jalan pintas lah.

Mereka melarikan diri seperti keadaan dah sangat darurat, macam tengah berperang. Vinter yang sangat tenang elok berada di belakang hanya selamba mengekori mereka. Wajah bosannya ditayang.

"Bosanlah. Takda benda lain ke nak hiburkan aku selain ikut tikus-tikus ni? Apa punya plan..." bisiknya sendiri. Haih. Nafas berat dihembus.

BOOM!

Satu letupan kuat mengejutkan Brian Levine dan anak buahnya. Habis berlubang dinding lorong rahsia itu dibuatnya. Perlahan-lahan, muncul kelibat seorang lelaki melangkah ke arah mereka.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat