𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 67

1K 59 1
                                    

Elice terus menuju ke bilik air untuk mencuci dan membersihkan dirinya. Dia menukar baju yang dipakainya menjadi hoodie. Lebih selesa baginya.

Perlahan Elice membuka kunci dan pintu bilik itu. Lalu dia melangkah ke luar sambil menoleh ke arah Vinter yang sedang tersenyum lebar. Erk seram.

"Selamat pagi, Emerald eyes." sapa Vinter dengan senyuman.

"Ahh yaa. Selamat pagi." balas Elice awkward. Lain macam lah orang ni.

Vinter kemudiannya memandang tubuh Elice dari atas ke bawah, berulang kali. Justeru hal itu membuatkan Elice kurang selesa. Pantas dia memeluk tubuh, risau lelaki itu akan buat sesuatu.

"You dah kenapa pandang I macam tu?" soal Elice mendatar. Wajah Vinter dipandang tajam.

"Macam apa?" balas Vinter dengan wajah kehairanan.

"Macam nak buat something dekat I..." kata Elice serius.

"Ehh~? Mana ada. I ni baik tau. Lagipun, I ni kawan you. Kawan mana yang buat jahat dekat kawan dia? Cuba teka." kata Vinter selamba.

"Kawan yang berpura-pura baik. Dan bila masa kita jadi kawan?" kata Elice lagi. Keningnya sudah berkerut.

"Tett Tett! Salah~ Pembetulan, kita memang dah jadi kawan. Teka lagi." Vinter tersenyum lebar.

"Kawan yang jahat." balas Elice yang sudah malas meneka.

"Tett! Malangnya, jawapan anda salah." kata Vinter. Senyuman dia tu annoying betul lah.

"Jadi apa jawapan dia?" kata Elice agak bengang.

"Jawapannya ialah..."

Elice memandang Vinter menunggu lelaki itu menghabiskan ayatnya.

"Baiklah, iklan! Bersambung selepas ini..." sambung Vinter. "Lepasni I bagi tahu jawapan, okay?"

"Ha??" Apasal dia gantung cerita ni? Padahal aku dah curious.

"Dah, dah. Jom ikut I kejap. I nak bawa you ke suatu tempat." kata Vinter bersahaja.

Dia menolak belakang bahu Elice ke hadapan. Elice hanya akur dengan kelakuan lelaki pelik itu.

✧✧✧

Sungguh Elice terkejut. Matanya memandang sekeliling tempat itu. Mulutnya terbuka sedikit kerana terkejut.

"Tada~~ Cantik kan? Apa pendapat you?" kata Vinter.

Mereka kini berada di taman bunga di belakang mansion itu. Taman itu sangat luas. Angin segar menyapa pipi gadis itu. Bau harum bunga-bunga itu melewati hidungnya.

"Cantik... Tempat ni cantik." kata Elice perlahan. Dia tidak menyangka akan ada tempat seperti itu di sana.

"Kan? Hehe." kata Vinter sambil duduk mencangkung di hadapan bunga mawar itu.

Elice turut menundukkan sedikit badannya untuk melihat bunga yang ditanam di situ. Ya, tempat tu cantik. Ada pelbagai jenis bunga yang ditanam di sana. Sedap je mata memandang.

"Korang yang tanam semua ni?" tanya Elice yang menikmati keindahan taman itu.

"Ya, tapi kebanyakannya kena tanam oleh anjing tu." balas Vinter selamba.

"Anjing...?"

"Ahh tak. Salah. Anjing tu bernama Rio. Babi-- Maksud I, manusia tu yang tanam." jelas Vinter tersengih-sengih.

"You memang panggil diorang macam tu eh? Guna nama haiwan..." tanya Elice sambil memandang lelaki itu.

"Pasal tu, I panggil diorang macam tu sebab kitorang kawan. Best friend, lebih kurang macam tu." jawab Vinter sambil menyentuh bunga-bunga itu.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now