E P I L O G U E

2K 82 3
                                    

Flex's Mansion. Room. 8.30 am.

Cahaya matahari menyinari segenap sudut dalam bilik itu. Gadis bernama Elice Adler itu masih lena diulit mimpi. Mimpi apa yang buat dia tertidur lama sangat tu? Biarlah jadi misteri sebab author pun tak tahu.

Sedang tenang suasana pada pagi itu, tiba-tiba kedengaran bunyi tombol pintu dipulas. Kedengaran lagi bunyi tapak kaki seseorang perlahan-lahan melangkah ke arah katil tempat Elice berbaring.

          "Elice?" kata Flex perlahan selepas dia melabuhkan punggung di katil itu.

          "Masa untuk you bangun, dear." sekilas dahi gadis itu dikucupnya lembut.

Elice yang masih belum sedar sepenuhnya terus menarik selimut yang dipakainya, sehingga menutupi separuh wajahnya. Ketara sangat dia tak nak bangun. Flex hanya tersenyum kecil. Yelah, dah berapa tahun diorang hidup bersama? Dia dah biasa dengan sikap Elice yang bukan morning person ni. Hari-hari kena hadap.

          "Bangun, dear. You lupa rancangan kita hari ni?" ujar Flex sambil mengusap lembut rambut isterinya.

          "Hurm..." jawab Elice sepatah. Masih tak sedar gadis ni.

          "Bangun okay? Hmm?" pujuk Flex lagi.

Inilah perkara yang dia kena hadap setiap pagi. Jadi suami pun bukan senang rupanya. Elice sebagai isteri pula masih belum menunjukkan tanda-tanda nak buka mata. Haihh susah jugak eh.

PAKK!

Pintu bilik itu dibuka mendatar. Tanpa perlu menoleh ke arah manusia tu, Flex dah agak siapa orangnya. Siapa lagi kalau bukan bencana nombor satu kat muka bumi ni? Ya, idola korang lah. Fley. Erk.

          "Selamat pagi, peminat. Jangan risau, karakter kegemaran korang dah tiba." kata Fley lantang. Bibirnya elok mengukir senyuman yang menonjolkan lagi kekacakannya.

          "Peminat kepala hotak kau. Dan karakter apa?" soal Flex hairan. Dah gila kut adik aku ni.

          "Shhh. Diam anjing. Sekarang aku ialah watak utama. Kau just watak sampingan dalam cite aku." perli Fley acuh tak acuh. Yakin benor.

          "... Aku tiba-tiba rasa nak buka hospital sakit jiwa." ujar Flex tanpa reaksi.

          "Jadi? Apa kaitan dengan aku? Ada ke kaitan dengan aku? Duit kau, masalah kau." Fley membalas tanpa ragu.

          "Fley Axce Ayrnight, kau ialah pesakit pertama dalam hospital tu." sambung Flex.

          "The fuck?? Apasal aku pulak? Kepala bapak kau ah !" kata Fley mendatar. Bapak korang ah.

          "Sekali lagi kau cakap bukan-bukan, aku sumbat kau terus dalam hospital sakit mental. Now, help me with this." jawab Flex serius.

          "Bullshit. Babi punya abang. Sial, anjing kau." carut Fley, sebelum Flex terus menatapnya dengan aura membunuh.

          "Ehhh tak. Aku tolong kau, okay? Dah, cepat buang aura gelap kau tu." pantas dia mengatakan.

Fley kemudiannya melangkah mendekati Elice yang langsung tidak terganggu dengan perbualan mereka. Sah tengah tidur mati.

          "Hehehe..." Fley tergelak sinis. "Lice? Dah pagi dah ni woi. Bila kau nak buka mata?" kata Fley sambil menggoyang-goyangkan bahu gadis itu.

Sunyi.

Tiada sahutan.

Tiada balasan.

          "Kalau kau tak bangun, aku reveal pasal trauma kau kat pihak media. Habislah kau--"

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now