𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 74

1.1K 53 0
                                    

Reaksi Wolv memandangnya seperti nak bunuh dia. Rasa seram sejuk bila tengok Wolv pandang dia camtu. Mereka yang lain turut memandang Vinter yang sudah gelabah.

"La-lagipun kau memang perlukan Emerald eyes kan dalam plan kau? Da-dan bagus apa Emerald eyes dah setuju nak tolong kita?" kata Vinter pantas. Cuba memberi alasan.

"Kau lupa pasal syarat-syarat tu." kata Elice memperingati Vinter.

"Syarat?" Vinter berfikir sejenak.

"Ohh ya! Emerald eyes akan tolong, tapi dengan beberapa syarat. Pertama, Vipers akan terlibat dalam rancangan tu secara tidak langsung. Bermakna, kita akan libatkan diorang tanpa diorang perasan. Kedua, selama rancangan ni berlangsung, Cobra tak boleh ancam Vipers. Ketiga, keselamatan dan kandungan dalam perut Emerald eyes perlu dijamin selamat. Dan syarat yang last... Emerald eyes akan ikut serta masa kita bincang plan." jelas Vinter.

"... Apa punya deal kau buat dengan gadis tu??" kata Vodka yang tidak mempercayai kata-kata Vinter sebentar tadi.

"Aku tak sengaja lah... Aku termakan umpan Emerald eyes--" balas Vinter dengan muka tidak bersalahnya.

"Umpan apa? I tak pasang umpan, you yang jilat ludah sendiri." celah Elice.

"Shhh. Bila masa cara percakapan you tukar jadi camni eh?" kata Vinter mengerutkan dahi. Elice hanya mengukir senyuman.

"Jadi sekarang camna? Vin tu dah sentuju pun kan? So apa salahnya?" kata Rio pula kepada Wolv.

"Orang tua tu tak nyanyuk lagi, walaupun dah nak dekat mati. Libatkan Elice secara terus terang agak berisiko." balas Wolv.

"Tapi ini lebih bagus kan? Moreover, she is willing to do it and we just need to follow her rules." kata Vinter lagi, cuba menyakinkan Wolv. Dia just takut kena marah.

"Killen, your opinion?" tanya Wolv kepada Killen. Memandang Killen tu lebih matang daripada Vinter, pendapat dia akan sangat berguna.

"Kill Vinter." balas Killen tanpa reaksi. Siapa suruh manusia tu pandai-pandai buat deal. Kan dah kena. Mata Vinter terus membulat mendengarkan kata-kata Killen.

"Sial punya Killen. Dah lah pembunuh, keji pula tu--" marah Vinter.

"Jangan gaduh lah. Kita selesaikan dulu masalah yang Vinter ni dah buat. Jadi camna Wolv?" celah Vodka.

Wolv terus memandang wajah Elice tanpa kata, seperti sedang memikirkan sesuatu. Elice turut memandang lelaki itu, berharap agar dia berubah hati dan bersetuju dengan syaratnya.

"Babe, you sure? There is no turning back after this. And you cannot regret." tanya Wolv serius.

"Saya pasti dengan keputusan saya dan saya takkan menyesal." jawab Elice juga serius.

"Jadi... You setuju?" soal Elice pula. Wolv hanya mengukir senyuman sebelum mengangguk perlahan.

I am.

✧✧✧

BANG! BANG! BANG!

Tiga das tembakan dilepaskan elok mengenai tepat jantung lelaki yang berada di depan Elice. Secara automatik, lelaki itu jatuh menyembah tanah. Mata Elice membuntang. Is he dead??

"3 peluru macam yang kau nak, Ace." kata Xander kepada Flex.

"Tak, tak cukup lagi... Orang yang berani layan Elice macam tu layak terseksa. Aku takkan puas hanya kerana syaitan tu dah mati. Axce?" kata Flex tanpa perasaan.

"Ya, ya. Jap eh." balas Fley sibuk.

Dia mencapai bom asap, lalu dihumban nya tepat ke kawasan laman rumah itu. Asap memenuhi hampir seluruh kawasan laman itu. Sekarang diorang dah boleh bergerak.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now