𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 35

1.4K 64 1
                                    

Pistol masih elok dihalakan ke arah lelaki itu. Senyuman sinis tetap diukir di bibir. Sungguh dia menikmati moment itu.

"Relax okay? I'm not your grim reaper. Terima kasih for the information dan... jumpa kat neraka nanti."

Pemicu pistol ditekan lalu satu das tembakan dilepaskan, tepat mengenai kepala lelaki itu. Fley memandang ke arah si penembak dengan senyuman sinis. Ryuu.

"Aku suka bila kau yang membunuh. Terus mati. Bukan macam sorang tu." kata Fley selamba.

"Let's go." kata Ryuu tanpa reaksi. Kakinya terus melangkah memasuki bilik itu.

"Sabar lah sikit haih." kata Fley sebelum dia turut mengikuti langkah Ryuu.

✧✧✧

Tombol pintu dicapai lalu pintu dibuka. Pantas mereka berdua memasuki bilik yang dipenuhi fail dan buku itu.

"Weh banyak gila benda dalam bilik ni. Camna kita nak cari dokumen pasal Black Mamba tu?" kata Fley sambil melihat-lihat buku di rak itu.

Terdapat lebih daripada lima rak buku dan beberapa laci di bilik itu. Keadaan di situ agak tersusun dan kurang berhabuk walaupun bilik itu penuh dengan barang.

"Close your mouth and move your hand." balas Ryuu tanpa reaksi. Tangan terus mencapai beberapa buku dan dokumen. Mata meneliti setiap satu maklumat.

"Tangan aku tak nak gerak kalau mulut aku tak terbuka." kata Fley. Dia mencapai dokumen yang berada di atas meja.

"Then, use your mouth to search. Shut your hand." kata Ryuu tenang tetapi kedengaran serius. Savage.

"Bullshit. Aku call Ace karang." kata Fley menyampah.

"Go on." balas Ryuu. Mata masih ditumpukan kepada dokumen di tangannya.

Fley menjeling Ryuu tanpa kata. Kakinya melangkah ke arah laci yang berada paling sudut dalam bilik itu. Laci paling atas dibuka perlahan. Fley terkejut, dia pantas mencapai buku itu.

"Apa yang...?" kata-kata Fley tidak disambung. Matanya membulat.

Dia terus melangkah ke arah Ryuu yang masih elok membaca dokumen dan buku di tangannya. Buku yang dipegangnya dicampakkan ke hadapan Ryuu.

"What the hell?" Ryuu memandang wajah Fley dengan kerutan di dahi. Apa masalah setan ni baling-baling buku.

"Jangan pandang aku macam tu. Tengok buku tu." kata Fley mendatar.

Tanpa banyak kata, Ryuu terus mencapai buku yang dibaling oleh Fley tadi. Matanya turut membulat selepas membaca tajuk buku itu.

Adler The Black Mamba : Green Eye.

✧✧✧

Mata memandang ke luar cermin kereta. Sudah hampir gelap. Sekali lagi, Elice mendapat mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

Unknown :
'I have a surprise for you, since you didn't reply. Soon you would see something you wouldn't hope to see. It's a kind reminder but, stay away from Ace Ayrnight. What's your choice?'

Dahinya terus dikerutkan membaca mesej pelik itu. Siapa sebenarnya makhluk ni? Aku tahu lah dia manusia, tapi siapa? Kenapa dia suruh aku menjauh dari suami aku sendiri?

"What's wrong, Elice?" kata Elero yang menyedari akan reaksi adiknya.

"Ha? Nothing." balas Elice pantas.

Elero hanya mendengar tanpa balasan. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh adiknya.

Otak masih ligat berfikir sebelum tiba-tiba, sebuah lori yang bergerak laju muncul dari tepi kenderaan mereka. Van mewah itu hampir berlanggar dengan lori tersebut. Kedengaran suara Elice menjerit kerana terkejut.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now