𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 11

2K 97 1
                                    

Waktu menunjukkan pukul 8 malam sewaktu Flex dan Elice tiba di rumah agam mereka. Sampai sahaja di sana, masing-masing membersihkan diri lalu pergi menjalankan ibadah.

Elice yang baru saja selesai solat itu melangkah turun ke tingkat bawah. Perutnya tiba-tiba berasa lapar. Kini dia berada di ruang tamu berdekatan dapur, sehinggalah matanya melirik ke arah pintu bilik misteri yang dia belum pernah masuk.

Walaupun dia tinggal dekat sana sudah hampir sebulan, dia langsung tidak pernah memasuki bilik tersebut malahan menjelajahi seluruh mansion itu.

Curious gila. Dia nak sangat masuk bilik misteri itu. Ah lantaklah. Flex marah tu belakang cerita. Kakinya meluru melangkah menuju ke bilik itu. Kini dia betul-betul berada di depan pintu itu. Pelik, bilik itu seperti tidak dikawal ketat. Even tidak ada lock. Tangannya kemudian mencapai  tombol pintu itu lalu dibuka.

Usai dibuka, Elice menekan suis lampu. Sungguh dia terkejut apabila menyaksikan benda yang terdapat dalam bilik itu. Ya, senjata bahaya. Perlahan-lahan kakinya melangkah sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling. Terdapat pelbagai jenis senjata bahaya, dari pistol sehingga bom.

What the...?

Kalau aku tahu bilik ni simpan peralatan berbahaya, lebih baik aku tak masuk tadi. Matanya pula masih sibuk memerhati senjata-senjata dalam bilik itu. Tangannya yang gatal memegang sebuah pistol hitam. Berat. Macam manalah agaknya Florin dapat angkat pistol ah?

Elice masih cuba menghalakan pistol itu ke hadapan. Agaknya ada peluru ke pistol ni? Mustahil lah ada, kecuali dah kena letak awal-awal, katanya dalam hati. Pemicu ditarik secara tidak sengaja lalu... BANG!

"ARGH !" jerit Elice terkejut dengan tembakan itu. Dia tidak sengaja melepaskan satu das tembakan. Pistol yang dipegangnya pantas dilepaskan. Dirinya masih terkejut.

Security alarm kemudiannya berbunyi selepas bunyi tembakan didengari. Elice pantas menutup telinganya, agak takut dengan bunyi siren yang kuat. Flex yang mendengarkan siren itu terus menuju ke arah bunyi tembakan. Dia terkejut melihat Elice yang telah terduduk sambil menutup telinganya berada di sana.

"Apa yang you buat, dear?" kata Flex sebelum dia terus melangkah ke arah isterinya.

Elice yang melihat Flex pantas memeluk lelaki itu. Tangannya masih bergetar selepas melepaskan satu das tembakan. Siren kemudiannya dimatikan oleh Flex.

"You okay? Why on earth you're here?" tanya Flex sambil mengusap rambut Elice perlahan, cuba menenangkan gadis itu.

Elice tidak menjawab pertanyaan itu. Dia hanya menundukkan kepalanya. Perasaan takut dan malu bercampur dalam dirinya. Flex kemudian membawanya keluar dari sana. Mereka mengambil tempat duduk di sofa ruang tamu.

10 minit kemudian...

"You rasa lebih baik?" soal Flex lembut. Elice hanya mengangguk.

"You buat apa kat sana?" kata Flex.

"Sorry. I tak bermaksud nak suka-suka masuk tapi, I tertanya-tanya apa ada dalam bilik tu." kata Elice jujur. "You marah?" sambungnya lagi.

"I tak marah. Cuma I risau kalau you cedera tadi. I tak tahu you suka main dengan pistol." balas Flex.

"Bilik apa tu sebenarnya?" tanya Elice.

"Bilik tersimpannya peralatan berbahaya. Macam pistol, peluru, bom dan lain-lain. Tapi I terkejut yang buat bunyi tembakan tadi tu you. Ingat pembunuh dari mana je." katanya.

"I tak sangka pistol tu ada peluru. Lepastu I tak tahu macam mana I boleh tarik pemicu pistol tu." jelas Elice. Flex tergelak kecil mendengarkan kata-kata gadis itu.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now