| 1 |

21.4K 972 59
                                    




RAJA Maraya tersenyum memandang ke arah segerombolan lelaki yang menatapnya tidak lepas. Baju gaun panjang yang mencecah buku lali itu dibetulkan agar belahan gaun khas di bahagian peha itu terdedah. Barulah jalannya lancar.

"Sheesh, our Black Maria on fire" suara Jibrael berbisik. Wajah Raja Maraya sedikit pun tidak berkutik. Masih mengekalkan wajah manisnya yang begitu seduktif. Jibrael, salah seorang anak buah Black Angels yang begitu akrab dengannya. Kini, berjalan berdampingan dengannya di hadapan kelab malam di negara Itali.

Berdirinya Raja Maraya di hadapan lelaki itu, membuatkan mereka semua mendekatinya. Wajah mereka menjengkelkan. Membuat Raja Maraya menyampah sendiri. Ada lima orang kesemuanya. Ah, ini celah gigi!

"What a gorgeous" ujar salah seorang daripada lelaki itu. Dari atas sehingga ke bawah. Matanya tidak berkelip. Senyuman sunggingnya tercipta saat senyuman manis Raja Maraya bagaikan dituju untuknya.

"Tengku Harith, dah habis sekolah ya?" Senyum Raja Maraya sebelum menepuk habuk di jaket kulit milik Tengku Harith. Melihat wajah lelaki berwajah lembut dan feminin itu berubah menjadi ketat, Raja Maraya tersenyum sinis.

Tengku Harith, adik kepada Tengku Haziq. Diketahui, mereka merupakan musuh abdi Black Angels. Keluarga Raja dan keluarga Tengku Hudson tak pernah sebulu. Ada saja perkara yang mahu digaduhkan. Seperti sekarang.

"Maria, aku ni tak adalah muda mana nak dibandingkan dengan kau. Beza lapan tahun tak membuatkan kau nampak gah. Faham?" Tengku Harith menyelar. Rambut Raja Maraya dimainkan dengan jari telunjuknya. Dipintal dengan penuh kelembutan.

"Oh really? Lapan tahun? I thought you're still a minor. Sorry, my bad" kekehan kecil terkeluar sebelum tangan Tengku Harith ditepis.

Wah, mulut tak seindah rupa. Berdesing telinga nya mendengar setiap bidasan Raja Maraya. Setiap kali bertemu, pasti soal umur yang menjadi modal wanita cantik ini.

"Berambus. King Luq akan keluar sekejap lagi. Kau tak usah masuk" tegah Tengku Harith. Kedatangan Black Angels ke kelab malam Tengku Haziq di Itali ini bagaikan satu kejutan luar biasa. Lagi lagi, tujuan mereka datang hanya untuk melepak.

Melepak? Sungguh?

Memandangkan yang mengiringi Raja Luqman ialah Raja Maraya dan Jibrael, mereka hanya membenarkan Raja Luqman untuk masuk ke dalam. Dua orang ini, tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kekecohan di dalam.

Bang!

Terdengar tembakan saling berbalas dari arah dalam kelab. Hal itu membuatkan Raja Maraya menarik pistol berjenis Berreta 92FS daripada harness thigh milik nya.

Bang!

Pelurunya dilepaskan ke arah konco konco yang berada di belakang Tengku Harith. Segera, Tengku Harith menekup telinganya kerana kaget. Ini bukan semudah yang dijangka. Pertama kali menghadap Black Maria, dia kalah teruk. Jadi, dia tak mahu kalah lagi. Bukan untuk kedua kalinya! Dia tak mahu wajahnya rosak dibalun wanita ini.

"Fuck, Haziq! Dasar abang durhaka, si setan! Kalau aku tahu perempuan ni ada, aku tak ikut kau kesini!" Mencicit Tengku Harith melarikan diri. Menyorok di belakang konco konco yang sedang berbalas tembakan dengan Raja Maraya dan Jibrael.

"Mana Laila?" Sempat Raja Maraya menyoal. Di kerling sedikit ke arah Jibrael yang sedang mencari target setelah seorang konco Tengku Harith mati ditembaknya.

"Dalam limosin. Berdoalah dia tak turun" ujar Jibrael sebelum melindungi Raja Maraya yang sedang mengisi pelurunya yang habis. Raja Laila bakal menyusahkan keadaan jika dia turun dari kereta. Dia masih amatur. Masih tak tahu bagai mana mahu menggunakan senjata api. Tolong kekal berada di dalam kereta, Lila!

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now