| 47 |

12.3K 919 68
                                    



"ARGH! WHAT THE HELL MOHD FAREL ZIYAN?!"

Ditarik selimut agar menutupi tubuhnya. Padahal, dirinya masih disarung baju semalam. Menghimpit tubuh wanita itu ke kepala katil. Terkejut bukan main saat matanya terbuka, ada Farel yang tertidur pulas disebelahnya. Tidak berbaju.

"Ha?! Apa? Si sial mana jerit tadi?" Farel bingkas bangun, memandang kekiri dan kekanan. Di detik matanya bersabung dengan wajah berkerut Raja Maraya, Farel mula memasang wajah jengkel.

"Dah kenapa jerit - jerit? Alarm aku ada nak kejutkan aku!" Selar Farel sekali. Raja Maraya yang membungkus badannya dengan selimut itu dipandang hairan.

'Wah, dia dah mula drama pagi buta dia.'

"A..apa you buat dekat I, Rel?" Soal Raja Maraya dengan mata berkaca.

"Lah? Aku pula? Sepatutnya aku yang tanya soalan tu. Saka mana rasuk kau semalam sampai kau hampir rogol aku?"

"Hey! I mana boleh rogol you! Apa you merepek ni?!" Raja Maraya membaling bantal ke arah wajah Farel.

" 'Please, stay.' 'One more kiss.' Kalau aku boleh rakam semalam, aku dah tunjuk bukti dekat kau sekarang. Kau yang tolak aku masuk kesini. Kau yang tak kasi aku balik."

Terkebil - kebil mata Raja Maraya memandang Farel yang mula bangun dari duduk. Hoodie besar dari dalam almari diambil lalu diberi kepada Raja Maraya.

"Kau tak ingat?" Soal Farel setelah hoodie mula bertukar tangan. Segera ianya disarungkan pada tubuh. Bajunya terlalu terdedah. Bahaya!

"I cuma ingat kita minum kopi sama - sama.. HAA! YOU LETAK APA DALAM KOPI I SEMALAM HA?!"

Bertubi - tubi badan Farel disinggahi libasan selimut. Geram, Raja Maraya bangun lalu memanjat belakang Farel. Ditariknya rambut itu tanpa belas kasihan.

"RAJA MARAYA! KAU BUAT APA NI?! TURUN!"

"YOU TAK SERIK KE DENGAN KES TANGKAP BASAH KITA?! YOU NAK I GILA BETUL - BETUL KE?!"

Dijerut leher Farel menggunakan lengannya pula.

"MAR! AKU TERCEKIK MAR! LEPASKAN AKU!" Ditarik kedua - dua lengan Raja Maraya lalu tubuh itu dicampak ke atas katil semula.

BUK!

"You campak I?!" Raja Maraya memandang Farel dengan rasa yang tidak percaya.

"Kau tu merepek apa? Bila masa pula aku letak benda dalam air kau?" Farel mencekak pinggang. Garang matanya memanah wajah itu, membuatkan Raja Maraya membungkam seketika.

"Rel.. matilah kita.." Raja Maraya menekup wajahnya. Mahu menangis. Helaan nafas Farel berat, segera dia mengambil tempat duduk dihadapan Raja Maraya.

"Mar, aku sumpah kita tak ada buat lebih. Kau tertidur semalam. Tak sempat buat apa - apa pun" tangan Farel naik mengusap kepala Raja Maraya. Dia mengambil peluang menatap anak mata hitam yang tampak berkaca.

"Kalau kita tak buat apa - apa, kenapa you cakap I hampir rogol you? Apa yang kita dah buat semalam?" Soal Raja Maraya dengan kerdipan mata.

"Kita buat ni"

Perlahan, bibirnya menempel di bibir Raja Maraya.

PANG!

Tanpa berfikir, refleks tangan Raja Maraya naik menampar pipi Farel. Kedua - dua oleh mereka melotot mata. Terpempan.

'Dia betul - betul tak ingat apa yang jadi semalam ni'

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now