Special Chapter 3 - 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑

8.5K 627 34
                                    



HOSPITAL MEDAN, BORNEO SABAH.


SIULAN kecil tercipta daripada bibir Raden Qafli. Lelaki itu selesa berjalan di pinggir koridor sambil menyilangkan kedua - dua tangannya di belakang tubuh. Hospital medan lengang. Tenang tak seperti selalu.

"Tuan!" sapa seseorang, membuatkan Raden berpaling ke arah sumber suara. Melihat sosok tinggi lampai itu mula menghampirinya, Raden menarik senyum senget. Farel! Dah balik rupanya kawan dia yang seorang ini.

Mereka saling memberi tabik sebelum Raden menumbuk bahu Farel secara perlahan. Senyum.

"Setahun ya, papa Rel takde?" Raden mengusik.

"Asal? Kau dah rindu aku?" Farel tidak mahu kalah. Keningnya dijongketkan beberapa kali ke arah Raden yang sudah menjelingnya tajam.

"Tak kuasa aku nak rindu kau. Kau takde, aman damai je hospital ni." Raden mendepa sebelah lengannya, menunjuk ke arah sekitar kawasan emergency room (ER). Farel turut memerhati suasana disitu.

Ya, ianya sunyi sepi. Cuma ada beberapa pesakit kecemasan yang sedang berehat dan staf hospital medan yang sedang menikmati waktu lekang.

"Haah lah, jarang ya hospital sini tak ramai oran..."

"JANGAN CAKAP LAH, MUSIBAT!"

Tak sempat Farel mahu menghabiskan kata - katanya, Raden terlebih dahulu menekup mulutnya dengan kemas. Leher Farel dipaut sehingga membuatkan dia terpaksa membongkok. Mengikut ketinggian Raden.

"Kau ni kan, dah berapa lama kerja sini? Tak reti - reti lagi nak faham pasal pantang larang dekat sini..."

Ring... ring... ring...

Telefon milik Farel berdering. Membuatkan dua orang lelaki itu berpandangan sesama sendiri. Habislah dia orang!

Jinx. Menegur, mengeluh dan menyatakan tentang kelekangan di waktu bekerja dipercayai akan membuatkan hospital medan bertukar menjadi huru - hara. Pendek cerita, akan ramai pesakit yang bakal berkunjung sebentar lagi.

Itulah salah satu pantang larang ketika berada di hospital medan mahupun di hospital privasi milik Mejar Zharif. Benar atau tidak? Hanya Yang Maha Berkuasa lebih mengetahui.

Farel mengeluarkan telefon pintarnya. Disedapkan hati, mungkin Mar yang menelefon memandangkan dia baru sahaja tiba di Sabah untuk bertugas. Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali. Bukan nama isteri tercintanya yang muncul melainkan nama rakan setugasnya ketika misi sebelum ini.

Malik Khair.

Pelik, namun setelah deringan ketiga, Farel menggesek jua ibu jarinya tanda dia menerima panggilan tersebut.

"Demon, ada apa call aku?" Jeda seketika. Ah, rasa janggal memanggil lelaki itu dengan nama samarannya. Demon.

"Or should I call you Malik?"

"Demon. Aku tengah bertugas. Kejap lagi kami akan mendarat dekat helipad Hospital Medan. Reserved one bed."

Farel pandang Raden dengan anggukan sekali. Fahamlah lelaki itu bahawa mereka harus bersiap sedia. Farel! Ini semua salah kau! Pelanggar pantang larang! Harapnya pesakit yang mahu datang tidaklah terlalu ramai.

"Emergency?"

"Yes, rescue mission. Ada tebusan. Seorang perempuan dalam lingkungan 20-an. Based on info, kemungkinan tebusan tak makan atau minum lebih 24 jam." Mendengar penjelasan itu sudah cukup untuk Farel. Terperinci.

"Dehydration. Baik, aku akan prepare apa yang patut. Nanti aku dengan beberapa orang doktor dan jururawat akan tunggu dekat helipad."

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now