| 42 |

13.5K 1K 143
                                    





ESHAL Alaya dan Raja Laila memandang Raja Maraya dengan wajah yang terkesima. Rasanya, telinga mereka masih tak pekak. Masih normal!

Eshal menyisip sedikit air di gelasnya sebelum merapatkan tubuh ke arah Raja Maraya yang duduk dihadapannya.

"Kali ni, kau tak game Farel kan?" Suara Eshal perlahan, separa berbisik.

Manalah dua gadis itu tidak risau? Raja Maraya ada rekod memainkan hati Farel. Siap ditangkap basah. Risau pisang berbuah dua kali, elok mereka ceramah dahulu si Raja Maraya ni.

"Tak, kali ni betul punya. We are officially a couple" senyumannya ditarik tinggi. Manis.

"Omg! Kak Mar dah tak single!" Raja Laila menekup mulutnya tidak percaya. Membulat mata bundar itu membuatkan Raja Maraya ketawa.

"Pelik sangat ke kalau aku dah tak single? Tapi aku faham kau orang terkejut. Sebab aku terlalu cantik untuk dimiliki"

Rambutnya dikibas kebelakang bahu dengan wajah kerek. Langsung, dua gadis dihadapannya itu menjeling tidak puas hati.

"Macam biul aje aku tengok. Ada kad lain selain IC ke, kak?" Eshal berseloroh.

"Kad nikah belum ada. Kau sabarlah, aku bagi kau dengan Ummar dulu kahwin" Balas Raja Maraya. Dia tersenyum puas saat Eshal kembali menayangkan wajah jengkel kerana tidak dapat kenakan Raja Maraya.

"Apa reaction family kau, kak?" Soal Eshal lagi. Itu yang sebenarnya. Dia mahu tahu apa reaksi keluarga Raja Maraya saat mendengar berita mengejutkan ini.

"Dia orang tak tahu lagi. Tapi, aku rasa mereka dah boleh agak kot. Sebab sebelum aku pergi ke kem untuk cari Farel, aku sempat beritahu Dani yang aku cintakan Farel"

Eshal mengangguk faham. Drama begini selalunya dia terlepas. Apa malang betul nasibnya? Tak berpeluang menyaksikan drama keluarga secara langsung.

"Ni, dah settle ya baju nikah kau? Aku nak balik ke pejabat ni" Raja Laila mengerling ke arah jam ditangan. Ah, peduli apa jika masuk lambat? Bos dia si abangnya, Raja Ummar.

Tambahan pula, dia diminta untuk menemani Eshal fitting baju pernikahan Eshal dan Ummar tidak lama lagi. Lagilah Ummar tak kisah jika dia tak masuk ke pejabat sekali pun.

"Dah settle. Pergilah. Aku balik dengan kak Mar. Thank you sebab teman aku, Laila" ujar Eshal dengan sengihan.

"Anything for my sister-in-law to be." Senyum Raja Laila sambil keningnya menjongket sebelah.

"Jom, aku ada nak beli barang sikit dekat mart—"

BRAK!

"Oh my God! My handbag!"

Seorang wanita berambut perang kekuningan tidak sengaja merempuh tubuh Raja Maraya yang baru sahaja bangun dari duduk. Secara langsung, kopi di tangan Raja Maraya tertumpah ke atas beg tangan wanita itu.

"Mata you dekat mana? Atau you buta?!" Tengking wanita tadi. Seraya itu, wajahnya diangkat memandang Raja Maraya yang sedang mengambil tisu diatas meja.

Dang!

Itu doktor Brina Bailey. Wajah cuak Raja Maraya bertukar riak. Segala rasa bersalahnya serta - merta terbang entah kemana. Tajam, mereka berdua saling bertatapan sesama sendiri.

Merasakan angin yang kurang baik antara dua wanita itu, Raja Laila menyiku lengan Eshal. Tetapi, Eshal menggeleng tanda tidak tahu.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now