Special Chapter 1

11.4K 932 117
                                    



RUANGAN yang separa besar itu bergema dengan gesekkan biola milik si isteri. Farel senyum sendirian. Beg bajunya yang berat diletakkan ditepi pintu. Hilang rasa penat setelah pulang dari ops yang mengambil masa hampir setahun lamanya.

"What a beauty," gumam Farel. Pemandangannya begitu indah. Ada Raja Maraya yang mengenakan baju gaun separas lutut, sedang menggesek biola. Rambut hitam pekatnya elok beralun ditiup angin.

Mendengar suara garau milik Farel, Raja Maraya berhenti menggesek biola.

"Abang!"

Biola tadi diletakkan di atas kerusi. Segera dia berlari mendekati suaminya.

"Oh my God! I miss you so much." Pinggang Farel dipeluk erat bagi meluah rasa rindu. Tak mungkin cukup dengan kata - kata.

"I miss you more, baby. Every single day." Farel memberi ciuman di puncak kepala Raja Maraya yang masih larut dalam pelukan. Tidak terlalu lama dalam keadaan begitu, Raja Maraya mendongak dengan wajah cemberut.

"Lamanya. Janji sekejap je," bisiknya perlahan. Biarpun halus suara itu terdengar, Farel sudah membuatkan jantung Farel berdetak bagai nak gila.

Farel melabuhkan ciuman di dahi. Harapnya rindu yang membebankan itu diusir segera dari hari isterinya. Pelukan mereka kembali bersatu buat sementara.

"Kenapa peyuk mama I?! - Kenapa peluk mama I?!"

Suara kecil yang menyergah membuatkan Raja Maraya dan Farel terkejut pada waktu yang sama.

Felis yang baru berusia satu tahun lebih itu berdiri sambil bercekak pinggang. Tak berpuas hati, sofa yang berada berdekatan dengan ibu bapanya itu dipanjat.

Maka ketinggiannya sudah menyamai paras pinggang Farel. Melongo lelaki itu dibuatnya.

"Princess? Princess ke ni?!" Bagaikan tidak percaya, Farle membongkokkan badan sambil membelek wajah Felis yang sudah memuncung mulut.

"Ya lah. Abang ingat ni siapa? Mak cik abang?" Selar Raja Maraya dengan wajah malas. Terkadang, dia sendiri hairan dengan Farel. Dah nak naik pangkat menjadi Mejar, tapi lembab.

Terus tubuh gempal Felis didukung dengan rasa teruja. Begini ketaranya perubahan anak tunggal dia dan Raja Maraya.

"Beratnya!" Rungut Farel dengan kerutan dahi. Lama dia bertentang mata dengan Felis sebelum wajah si isteri dicari.

"Kenapa Lis makin besar ni? Last abang tengok, Lis masih kecil. Ni dah macam anak kingkong!" Wajahnya terpinga - pinga. Berselang - seli Farel memandang Raja Maraya dan Felis dengan perasaan yang hairan.

"Eiy, cape ni?! - Eiy, siapa ni?!" Felis mula merengek sambil menolak wajah Farel agar menjauh. Tubuhnya didorong ke arah Raja Maraya. Meminta pertolongan.

"Eh, pandai bercakap?!" Farel terkejut. Pipi anaknya dicekah bersama mata yang membuntang. Raja Maraya tepuk dahi. Padahal, yang menyergah mereka tadi ialah Felis. Boleh dia terkejut kerana Felis sudah mula petah berkata - kata?

"Uncle! Cakit! - Uncle, sakit!" Felis merenung tanda dia tak berpuas hati. Entah siapalah lelaki yang tiba - tiba menggendongnya. Sesuka hati mencekah pipinya pula.

"Uncle?! Uncle acik kau! I ni bapak you, you tak kenal, princess?!"

Felis lagi - lagi menolak Farel. Kali ini dia mengeleng laju sambil memberontak kuat. Terlepas dia daripada gendongan Farel. Kali ini, dia kembali berdiri tegak sambil bercekak pinggang.

"Mama! Uncle cinga ni mayah I! - Mama! Uncle singa ni marah I!"

"S... singa? Wah, dasar anak tak kenang budi. Ni papa! Cuba tengok betul - betul." Kedua - dua pipi Felis dicekup. Dahi mereka berlaga sesama sendiri, bertukar tatapan yang tajam.

[C] Stella : The Glory of Black MariaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ